Polis Malaysia berjaya menahan pencuri kondom

Friday, February 18, 2011

gambar hiasan buat kiasan

Polis Malaysia telah berjaya menahan tiga orang yang disyaki dalam kes kehilangan 725,000 kondom berteknoloji tinggi, yang masih lagi dalam penyiasatan.

Mohamad Shukri Dahlan, ketua polis negeri Perak, berkata rompakan kehilangan kondom itu adalah "satu kerja orang dalam". Beliau berkata suspek-suspek yg berkhidmat difirma tersebut yg bertanggungjawab untuk membawa kondom-kondom dari kilang itu ke pelabuhan, bagi mengekspot nya ke Jepun.

Sagami Rubber Industries Co, salah satu syarikat pembuat-pembuat kondom yg terbesar Jepun dan turut mempunyai kilang nya di Perak. Dimaklumkan 85,000 kotak kondom ultra, telah hilang ‘dalam perjalanan’ ke Jepun. Barang dagangan yg hilang itu bernilai $1.5 juta.

Suspek-suspek tersebut bercadang untuk menjual kondom-kondom itu untuk pasaran tempatan, di Malaysia, tetapi Mohamad Shukri berkata hasrat mereka mungkin dapat dipatahkan. – AP