Syeikhul-Al Azhar kianati rakyat, dan menyokong Mubara...

Thursday, February 3, 2011

Ahmed at-Tayyeb

Televisyen Kebangsaan Mesir menayangkan permintaan Syeikh al-Azhar Doktor Ahmed At-Tayyeb, supaya para penentang Presiden Hosni Mubarak, datang membuat perundingan dengan rejim pihak berkuasa Mesir.

Fars melaporkan, siaran yang ditayangkan berulangkali sejak kemarin (1/2/2011) itu semakin menyerlahkan bahwa Universiti al-Azhar menyokong kuat Hosni Mubarak. Kenyataan Doktor Ahmed at-Tayyeb, Syeikh al-Azhar itu, tidak melemahkan para pendemonstrasi malah semakin memberi semangat kemarahan rakyat terhadap parti pemerintah.

At-Tayyeb dilantik oleh Mubarak untuk jawatan sebagai rektor universiti Islam paling berpengaruh di Mesir itu, mempelawa kumpulan pembangkang untuk berunding bagi mengakhiri krisis.

Menurut beberapa pemerhati, dengan semakin meningkatnya gelombang kemarahan di Mesir, rejim Mubarak mengambil peluang populariti al-Azhar untuk mengimbangi rusuhan itu. Namun begitu sampai saat ini, usha usha tersebut tidak membuahkan hasil. Masyarakat tidak mempedulikan ‘hipokrit’ Syeikh Ahmed at-Tayyeb itu.

Ayatullah Nouri Hamedani, ulama besar Iran, mengecam sikap lemah al-Azhar yang berdiam diri malah bertukar arus dan menyokong diktator Mubarak daripada menyokong rakyat.

Ayatullah Hamedani mengecam sikap al-Azhar yang mengeluarkan fatwa haram berdemonstrasi dengan berpandukan pada ayat 27 surat al-Baqarah.

"Fahamilah bahwa ayat tersebut tidak tepat ditujukan kepada para demonstrasi itu, kerana ayat itu menuding pada orang-orang fasik dan jahat, malah contoh yg nyatanya ialah Hosni Mubarak dan rejimnya yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Zionis Israel," tegas Ayatullah Hamedani. – irib/men/cahaya