Angkat sumpah Datuk T kena sediakan jurukimpal?

Friday, April 29, 2011


Hai bersumpah jugak hari ini, walaupun lewat petang. Aku pun pening hendak bersumpah pun berlaku juga kekecuhan. Ingatkan dah tak jadi dah.. berat puak ni.

Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul menjadi lokasi dan diberitakan dua kemar ‘T’ Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim, untuk memberi semangat barangkali. Hampir waktu ‘asar barulah terlaksana.

Kecuh punya kecuh lewati 2 jam ambil masa, last last pakai baju kalis peluru barulah bersumpah. Oleh kerana dah menjadi kembar ‘T’ mestilah bersepakatkan.. begitulah biasanya kalau org org menjadi kembar ni, sekolah nak sama makan nak bersama.

Apa kurangnya jugak dengan kembar jadijadian ni, pakai baju kalis peluru pun kena sama sama. Ketiga tiganya pakai, barulah senang nak angkat sumpah..

Untuk keselamatan bos.. apa para saksi lain tak pekena baju kalispeluru jugak ke? tok tok imam ke. Takkan kalau kena tembak tiga je yg selamat. Tok Imam apa cerita. Kenapa tak angkat sumpah dalam kubu?

Pikir punya piker, mujur jugak depa tu tak pakai cawat besi, kalau tidak ketika kena tembak habis hilang anak kunci cawat, baru haru bini masing masing. Terpaksa pulaklah pi cari tukang welding atau juru kimpal dan angkut dengan tong tong gas sekali nak buka kunci cawat.

Berat barang nii.. apa apa pun kita tunggu perkembangan ya esok, selamat bersumpah!