Asalusul Lambang Bulan Bintang, tapi ada orang takut

Monday, April 25, 2011


Sebelum ini sudah ada beberapa pengkaji sejarah yg menyatakan bahawa asalusul lambang bulan bintang yg mangaitkan dengan agama Islam itu berasal dari Khalifah Turki Uthmaniah

Sejak 1400 tahun lalu telah dikatakan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rasulullah bersabda, “Konstantinopel akan kamu bebaskan. Pasukan yang Berjaya membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat, bersama pemimpin nya yang sangat kuat. Berpuloh tahun dari zaman Khalifah Ar Rashidin membawa ke zaman Bani Ummayah sehinggalah ke zaman Bani Abbasiyah, kenyataan nya tidak berlaku.

Walaupun sehingga terjatuhnya Bandar Cardova, Granada dan Seville namun begitu benua Eropah tidak jatuh sepenuhnya lagi ketangan Islam.

Sehinggalah munculnya Sultan Muhammad ke 11 dan Berjaya menawan Kontantinopel dalam satu pertempuran yg dahsyat dengan menggunakan CANON sejenis meriam besar. Sultan Muhammasd ke 11 juga dikenali sebagai Al-Fatih. Konstantinopel dijadikan ibukota Turki, Khalifah Uthmaniyah.

Antara zaman kemuncak Islam yg pemerintahan nya merangkumi tiga benua, Ketika itu barulah lambang bulanbintang digunakan yg membawa erti, bulan sabit hujungnya runcing menunjukan kawasan benua Asia di area timur, dan hujung tajam nya disebelah lagi menunjukan merangkumi benua Afrika. Manakala bahagian tengah bulan sabit itu ruang bagi benua Eropah.

Bintanglima yg berada ditengah lambang itu memberi makna pusat pemerintahan yg kemudian nya diberi nama Istambul yg bermakna Kota Islam.

Maka berkibarlah bendera bulansabit menjadi bendera rasmi pemerintahan Islam ketika itu, dimana seluruh wilayah dunia Islam berada dibawah khalfah Islamiyah. Hanya sekarang ianya sudah berpecah menjadi beberapa ratus Negara Islam yg lain.

Apalah salahnya seandainya lambang ini terus di gunakan oleh Negara Negara Islam sebagai menghormti keagongan kerajaan Islam kita dahulu, tetapi pekara sebini pernah ditakuti oleh sesatu pihak yg lain dinegaraku ini, sehinggalah dek ketakutan itu pihaknya melarang atau tidak membenarkan lambang bulanbintgang digunakan oleh sebuah parti yg berdaftar di1Malaysia ini.

Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang. serta lambang ini kemudian seolah menjadi lambang resmi bagi umat Islam dan sehingga sekarang ianya tetap digunakan di kubah-kubah masjid seluruh dunia.

Dan kalau kita perhatikan, nyaris hampir semua kubah masjid di berbagai belahan dunia punya lambang ini.- mengejarcahaya/sugianto