Kerajaan ku sita site ABNA dan blog Faisal Tehrani

Friday, April 22, 2011


Katanya kerajaan kita Malaysia telah pun memblok acces lama ABNA yg berpusat di Iran sejak 17 april lalu.

ABNA yg pejabat berita nya sering mengkritik Arab Saudi kerana mencapuri urusan di Bahrain sekarang.

Aku difahamkan selain dari agen berita ABNA, turut dikenakan tindakan oleh kerajaan kita termasuklah Blog abalzahra.blogspot.com dan blog seorang aktivis kita Dr Faisal Tehrani. Tadi aku cuba beberapa kali membuka laman laman tersebut, namun terus gagal.

Faisal Tehrani yg juga activis sunni sering juga mengecam keterlibatan Arab Saudi di Bahrain. Begitu jugak dengan abalzahra.blogspot yg begitu ramai di accses oleh para pelawat, menerima nasib yg sama. Langit terbuka kata pemimpin terdahulu. abalzahra.blogspot juga banyak berkait dengan kelolaan Faizal.

Menurut satu laman web lain, Maxis dan Digi masih belum menyekat laman laman itu.
Pengakses juga maih boleh mengacces dengan melalui proksi lain.

Hai berat jugak barang ni, apa apapun kita perhatikan ..