Palestin mengecam produk kereta jenama Subaru

Friday, April 22, 2011

Iklan kereta jenama Subaru di Israel

Pihak berkuasa Palestin mengecam perushaan kereta Subaru. Subaru juga merupakan produk kereta keluaran dari Jepun yg mana cawangan nya di Israel mengiklankan kereta itu dengan menghina rakyat Palestin.

Dalam iklan tersebut, kereta Subaru yg pandu oleh orang Israel melanggar beberapa orang belia Plaestin dan memukul nya, kelihatan juga belia Palestin membaling batu.
Iklan itu adalah adalah original dan beberapa laman web telah menyiarkann ya.

Dalam iklan tersebut terdapat tulisan slogan dalam bahasa Ibrani: "Lihat siapa yang berdiri di jalanraya."

Iklan itu diduga adalah asli atau apakah seseorang sengaja memanafaatkan logo Subaru," kata satu komen dari kerajaan Palestin

Pihak Palestin telah mendesak pihak Subaru mengambil tindakan ke atas pengeluaran iklan tersebut yg memaparkan iklan yg ‘mengerikan’.

Setakat in pejabat Subaru di Tel Aviv belum memberikan sebarang riaksi terhadap bantahan iklan itu.

Gambar iklan berasal dari sebuah insiden pada bulan Oktober dimana David Beeri juga seorang pemimpin setempat Israel ‘memukul’ dua pemuda Palestin, berusia 10 dan 11 tahun, di kawasan Silwan di Jerusalem timur.

Pekara itu turut dirakam oleh wartawan yg berada disana ketika membuat liputan berita rusuhan yg sering berlaku selepas sembahyang jumaat. – mengejarcahaya/ france24