Rangka tulang Mona Lisa di temui?

Saturday, May 21, 2011

Tengkorak Mona Lisa?

Mona Lisa lukisan Leonardo da Vinci manjadi misteri sehingga ke hari ini. Gambaran itu semakin terungkap apabila sekumpulan arkeoloji mendakwa telah menemui tengkorak ‘Mona Lisa’ setelah menggali satu kuburan lama di Florence Itali.

Mereka mendakwa tengkorak yg dijumpainya diperkuburan St.Ursula itu adalah milik Lisa Gherardini Del Giocondo, yg menjadi gambaran disebalik senyuman Mona Lisa karya da Vinci itu.

Beberapa orang cerdikpandai yakin yg Lisa Gherardini Del Giocondo itu merupakan imajenasi pelukis silam itu untuk melakar ‘Mona Lisa’.

Tengkorak itu dikatakan milik seorang perempuan, dan sekarang kumpulan arkeoloji itu membuat kajian bandingan DNA dengan dua tulang anak nya yg dikuburkan berhampiran kawasan itu.

Jika kajian itu didapati sama dan tengkorak itu adalah milik Mona Lisa, maka pakar forensic akan membuat reconstrucy wajah bagi membezakan atau bandingan dengan paras Mona Lisa ciptaan Leonardo itu.

Seandainya Berjaya bermakna misteri 500 tahun itu akan terjawab.

Mengikut sejarah yg mana Lisa Gherardini telah meninggal dunia pada tahun 1542 dan isteri kepada saudagar Francesco de Giocondo di Itali. Para pengkaji sejarah berkata, ‘Mona Lisa’ ini juga dikenali sebagai La Giocondo dan cukiup terkenal ketika itu. Dia mati ketika berusia 63 tahun iaitu pada 15 julai 1542.

Dia berkahwin dengan Giocondo semasa umur 16 tahun pada 1495 dan pada ahli ahli sejarah dan ilmuwan telah bersepakat menganggap lukisan buatan Leonardo itu menunjukan Mona Lisa sedang hamil. Lukisan itu hanya Berjaya disiapkan pada 1519 setelah di mulakan sekitar 1504.

Silvano Vinceti yg mengetuai kajian itu berkata “sekarang belum boleh lagi mengatakan tulang dan tengkorak itu kepunyaan siapa, tetapi kami yakin yg pertemuan rangka tulang itu antara nya adalah milik Lisa Gherardini.

Penemuan rangka itu bukanlah senang kata Vinceti lagi, kumpulan nya turut menggunakan bantuan radar dan peta peta dan dokumen kuno. Pencarian kami agak sukar kerana rangka itu berada dibawah lantai simen setebal 90 cm. Walapun begitu, ianya cukup bermakna bagi kami.

Leonardo da Vinci berpindah ke Peranchis dan lukisn tertkenal itu telah menjadi milik kerajaan Peranchis. – permatawangi / dailymail