Cakap cakap sumbang dalam akhbar semalam.

Saturday, June 18, 2011


Semalam beberapa orang kuat kerajaan mula bersuara mengenai si-Anonymous yg dikatakan telah menggodam beberapa lama web agency kerajaan. Kawe mengambil beberapa teks dari Sinarharian sebagai rujukan, nanti juak juak tu kata kita ni bercakap sebarangan pulak.

Tak tahulah ngapa fakta fakta yg diberi depa tu macam bunyi sumbang jer.. kata si-orang kuat 1Malaysia Zahid Hamidi “dibimbangi jika sering berlaku akan menjadi satu fenomena dan akan berlaku dari masa ke semasa”. Apa yg perlu dibimbangkan sebab sebelum itu dia juga berkata “setiap laman web kerajaan memang sudah ada system pertahanan yg baik bagi menghadapi serangan penggodam” habis kalau dah system pertahanan yg baik apa perlu hendak dibimbangkan sangat dan ingin kerjasama dari Polis dan SKMM. Kalau setakat system pertahanan macam kapalselam scorpene dan jet F5E tanpa injin takyah lah bos..

Yang si-Hishamuddin pula berkata “kita percayai penggodam ini didalangi oleh warga tempatan” (dalam metro) dan kita ingin kerjasama dan bantuan dari PDRM dan SKMM. Kenapa pula kata perlu bantuan dari SKMM dan Polis? Sepatut nya kedua agency itulah yg sedia membantu takperlulah nak pohon2 dan memimta minta. Kedua badan itu adalah agency kerajaan. Tak payah disuruh suroh itu adalah tanggung jawab mereka.

Khalid Abu Bakar selaku Timbalan Ketua Polis pula berkata “kita sudah dapat petunjuk baru dan dah ada maklumat berkaitan dengan penggodam tersebut, tetapi belum mahu mendedah nya lagi” siasatan masih berjalan.

Bab dedah dedah ni, dah lama dah.. walaupun dah ada maklumat tetapi tak mahu dedahkan lagi. Umpama kes video dah tahu tahu siapa pelaku, tapi tak mahu dedahkan. Yang bernasib baik nya kepada pengedar video tersebut walau sudah mengaku dan menyerah diri tapi relex jer.. hinggga kehari ini hidup bahagia. Siap pakai baju kalis peluru lagi duk pi angkat sumpah kat masjid.

Cuba kalau bukan ‘pembesar kerajaan’ yg edarkan, tak sempat diarahkan terus melompat pi tangkap.

Ini satu lagi kes orang bercakap sumbang semalam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Maslan Ahmad.”katanya hasrat PR untuk membubarkan Felda Plantations (jika PR memerintah) akan membuatkan Felda menjadi bangkrap” depa sudah tahu pekara yg belum berlaku. Belum memerintah lagi beb.. apa apa boleh berlaku. Okey kalau Felda berada dibawah pemerintahan PR ia akan bangkrap. Takkan beliau tidak sedar lepas satu, satu kes Felda naik mahkamah acapkali depa tu didapat bersalah, apa cerita?

Sekarang Felda dalam kerajaan beroleh keuntungan mengapa pula perlukan pinjaman sebanyak 6 billion? 6 billion tu bukan sikit weh.. sepatutnya kalau dah untung bantulah anak anak syarikat yg lain. Biasa nya kalau dah bangkrap barulah memerlukan pinjaman. Bila disuruh buat penjelasan kenapa membuat pinjaman 6 billion senyap jer, tak mahu dedah konon nya.

Kata Negara ini negara kebajikan dah lama dah.. pembangkang baru nak tiru. Negara kalau penuh dengan cukai itu cukai ini, kebajikan celah mana weh? Pas memerintah Terengganu 4 tahun pada 2004 dulu cukai pintu persendirian dimansuhkan, tol jambatan SgTerengganu di hapuskan.. itulah kebajikan. Ini kalau tol ditambah, cukai kereta import beratus peratus, cukai itu cukai ini kebajikan kut mana deh.. pening puak puak ni, itulah rakyat didahulukan! - megasuria