Negara kebajikan dulu bodo

Monday, June 13, 2011


Sari dua ini Umno mula semakin lantang memutarlan lagu kebajikan nya. Tak cukup dengan RTM disambar pula oleh akhbar Utusex nya.

Pas sudah berpaling dan ditunggangi Dap kata nya. Kini Pas bukan lagi memperjuangkan Agama dia sudah beralih ke Negara Kebajikan setelah berkawan dengan Dap. Dalam diam diam Pak Lah turut bersuara ‘Pas buat Negara Kebajikan kerana ingin mendapat sokongan dari mereka yg bukan Islam’.

Hai takkan Tok Imam tarawikh kita ni tak tahu yg Islam itu sendiri menuntut untuk kita berbuat kebajikan. Kita sudah lama melakukan kebajikan di Negara kita ini. Ngapa baru sekarang Pas sebuk sebuk pasal kebajikan ni.. anggapan juak juak ini.

Pas belum memerintah lagi, jadi kita tak tahu sejauh mana apa yg dikatakan Negara kebajikan itu. Tetapi apabila kita perhatikan Amno yg berpuloh tahun memerintah dan sudah lama ‘mewartakan’ Negara kebajikan nya, saya sendiri tak dapat memberi jawaban dimaka kebajikan yg dikatakan itu.

Kalau Negara 1Mlaysia ini sudah lama diserapkan dengan konsep kebajikan nya, mengapa Negara ini penuh dengan cukai? Cukai tanah, cukai jalan, cukai import, cukai pintu, roadtax, incometax dan entah apa tax nya lagi… malaslah nak disenaraikan disini. Kita pun faham ada sesetengah cukai itu perlu juga untuk dikuatkuasakan seperti cukai rokok dan seakan dengan nya.
Tetapi Negara dah lama di kebajikan nya, apa perlu cukai bertambun tambun. Rakyat didahulukan… itulah kaedah sebenar.

Kalau dulu ada biasiswa tapi sekarang dah jadi pinjaman, kebajikan apa tuh?
Hospital pun sebuk sebuk nak diswastakan, negara kebajikanlah kita dah laksanakan..

2004 dulu Pas dapat memerintah Terengganu selama satu penggal, secara mendadak tol jambatan Terengganu dimansuhkan, cukai pintu persendirian ditarik bali. Apa ini bukan kebajikan?

Lawak kalau tak kena pada tempat nya, jadi menyampah dek orang. Payahlah kalau jenis kundi kundi nii..