Uthman melenting rahsia bocor dimajlis perjumpaan Mufti juga mengaitkan ulamak 40

Saturday, July 30, 2011


Ulamak Uthman Al Muhammadi merasa kesal dengan dengan ketidakamanahan para ulamak yg mendedahkan beberapa fakta ketika perjumpaan mufti dan wakil majlis agama dengan Majlis Keselamatan Negara, baru baru ini.

Beliau menyifatkan perbuatan itu boleh mendedahkan rahsia dan musuh mengambil peluang. Lapur sinarharian tadi. Apabila ditanya apakah beliau menuding kepada Dr.Asri Zainal Abidin dan ulamak 40 Umno sebagai berfahaman Wahabi dalam pertemuan itu? beliau tidak mahu mengulaskan nya.

Uthman Muhammadi juga berkata “mereka sepatutnya sayangkan Negara dan jika ada musuh dalam Negara kita, musuh adalah orang Islam sendiri” malah beliau merasa kecewa kerana yg membocorkan ini adalah orang orang yg berpendidikan agama yg tinggi.

Walaubagaimana pun sebelum ini Mohd Thajudeen, setiausaha MKN menafikan yg beliau melabelkan mana mana ulamak yg berfahaman wahabi. - editor megasuria