Ramai juga yg hadir ke pajabat JAIS kelmarin bawa peguam

Tuesday, August 16, 2011


Bagus juga members ni dapat beri kerjasama baik kepada JAIS, dimaklumkan 12 orang yg ‘menyertai’ gereja Damansara baru baru telah hadir untuk beri keterangan dan diberi kaunseling oleh Jabtan Agama itu dalam beberapa kumpulan.

Sebelum ini dalam berita di akhbar akhbar juga menceritakan yg mereka ini terdiri dari orang orang yg susah, ibu tunggal yg memerlukan bantuan keewangan.

Minta bantuan agensi itu tak berjaya, pohon bantuan badan ini gagal, apabila ada alternative lain termasuk gereja yg bermurah hati untuk memberi bantuan, mereka terima.
Mulalah badan badan kerajaan dan kemasyarakatan melenting. Kenapa tak sedar ada orang akan ‘melenting’ apabila permohonan yg diperlukan tak disalurkan? Pihak gereja terus ambil peluang ini, baru kita nak marah.

‘Mangsa mangsa’ ini depa tu dah tak kira dah, orang dah terdesak apalagi keimanan agak longgar. Bila ada orang beri bantuan, pasti mereka menjadi ‘mesra’.

Tapi yg hendak dijadikan cerita kat sini nya, kita semua mengetahui yg kalian itu dikatakan orang orang yg susah kesempitan lalu menerima bantuan dari gereja. Jadi mereka ini hadir ke pejabat Agama Selangor di bangunan Slt.Idris Shah secara berperingkat peringkat sehingga petang dan turut dihadiri oleh Pengarah Jais serta Timbalan Mufti Selangor.

Semasa kaunseling ada beberapa orang dari ‘orang susah’ itu datang bersama peguam peguam mereka… juga dilapurkan Sinarharian pagi tadi. Jadi dimana pula kesusahan mereka itu, kerana mampu mengambil peguam. Ndak dikatakan peguam Biro Guaman, rasanya tidak.

Mungkin juga mereka ‘berbaik’ dengan gereja ada dua grup yg susah atau ibu tunggal dan yg tak susah serta ingin ‘bergembira’ dengan gereja. Bila kitalihat kalian itu pun ada air muka yg tak berapa nak Islam.

Yang penting nya keimanan mereka sendiri dan diambiltahu masalah mereka oleh kerajaan serta badan badan tertentu. Bila berlaku mula nak disalahkan orang itu orang ini, parti itu parti ini.- kiriman aktivis persendirian