PM didakwa merasuahkan setesen TV Antarabangsa

Saturday, August 6, 2011


Stesen TV antarabangsa CNBC membatalkan siaran program utama mereka World Business yang dimaklumkan menerima rasuah dari Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk wawancara khas dengan kerajaan Malaysia.

Laman themalaysianinsider.com pada Khamis malam (4/8/2011) melapurkan FBC Media sebuah syarikat perkhidmatan di England menerima wang berjuta-juta Ringgit Malaysia untuk menyiarkan berita.

CNBC menyatakan sedang menyiasat tindakan FBC Media dengan PM Najib dan kerajaan Sarawak kerana stesen TV antarabangsa itu tidak menerima nasib seperti tabloid News of The World, yang ditutup setelah terlibat penyiaran berita yg melanggar undang undang katanya.

"Sebagai jawapan atas soalan Malaysian Insider kami mengakui sudah menutup program World Business kerana dakwaan ‘jualbeli’ berita dan kami mula menyiasat FBC dan urusan perniagaan mereka," kata Naib Presiden Komunikasi dan Pemasaran CNBC Charlotte Westgate.

World Business dibawah Redaksi Urusan CNBC, John Defterios telah dihentikan siarannya setelah sebuah laman internet di Negeri Sarawak melapurkan berita dakwaan dirasuahkan oleh PM Najib dan kerajaan Sarawak terhadap program yang berprestij, yang juga ditonton berjuta-juta usahawan di Asia itu. Berita online oleh Anil Neto di Sarawak menulis "CNBC Memutus Hubungan Dengan FBC Media!".

Seorang ‘whistle blower’ di London mengatakan parti kerajaan Malaysia, Barisan Nasional (BN) membayar berjuta-juta Ringgit pada anggarannya kepada FBC untuk menentukan berita yang "baik-baik" sahaja disiarkan di Stesen TV CNBC.

Laporan dari Sarawak memaparkan beberapa orang tokoh politik seperti PM Najib Razak, bekas PM Abdullah Badawi, Menteri Ketua Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, dengan merasuah untuk ‘membeli imej’ di TV CNBC dan media antarabangsa yang lain.

"Membenarkan program dibayar oleh ahli politik merupakan amalan penipuan berjuta-juta penonton yang mengira mereka sedang menonton tayangan yang objektif dan tidak memihak. Ini merupakan kesalahan berat terhadap undang-undang penyiaran. Terlebih bagi sebuah syarikat global yg disegani seperti CNBC dan induk nya NBC di Amerika Syarikat, " laporan dari Sarawak itu.

Charlotte Westgate, menolak untuk memberikan keterangan lebih lanjut ketika ini kerana pihaknya masih terus menyiasat skandal itu. Selain dengan CNBC, FBC mengakui pihaknya juga berhubungan secara profesional dengan BBC dan CNN.- editor majera /Themalaysianinsider.com / anilneto.com / Lagu Santosa) TEKS