Dr.B.Chandran menempelak MCA,DAP & Gerakan sebagai jahil kerana menolak hudud

Monday, September 26, 2011

Dr.B.Chandran

Pengerusi Dewan Himpinan Penyokong Pas, Dr.B.Chandran menempelak DAP, MCA dan GERAKAN sebagai jahil kerna menentang hukum Hudud.

Badan2 itu tidak mahu mendalami pengertian sebenar apa itu hukum Hudud dan disini tokoh2 Islam perlu memain peranan menjelaskan dengan detail ‘produk mulia’ itu bagi mengatasi anggapan yg Hudud ini amat zalim, tambahnya.

Chandra turut berkata yg mereka tidak menetang secara sengaja tetapi kerana jahil tidak mahu mempelajari tentang hudud. Katanya juga, yg beliau sebelum ini juga tidak berminat dan menentang hudud serta banyak mendapat gambaran negative dari hukum ‘tuhan’ itu, tetapi setelah mendalami dan belajar tentang hudud, “saya dapati hudud tiada kecacatan nya” kata nya kepada wartawan sinarharian.

Orang orang Islam perlu memberi pemahaman yg bijaksana kepada golongan tersebut, “produk mulia ini tidak mendapat sambutan sekiranya jurujual tidak memainkan peranan dengan baik”.

Kita lihat orang puteh, walaupun produk ny kurang baik, tetapi jurujualnya buat promosi dengan baik dan bijaksana, produknya tetap mendapat sambutan, tambahnya lagi.