Kes rogol libatkan Putera Al Waleed Arab Saudi dibuka semula

Sunday, September 18, 2011


Satu lagi tamparan buat keluarga diraja Arab Saudi, apabila putra mahkota Putera Al Waleed bin Talal, yg juga pemilik Kingdom Holding Company, dituduh melakukan pemerkosaan terhadap seorang model jelita Soroya 20 tahun di kapal mewahnya di dekat di Pulau Ibiza, Sepanyol, buat kali keduanya.

Hakim mahkamah Sepanyol berhasrat untuk membuka semula kes ini dan memanggil Putera Al Waleed untuk dibicarkan. Kejadian itu berlaku pada 2008 dahulu Menurut mahkamah Sepanyol , walaupun ini adalah perkara lama tetapi penyelesaian dan sudah beberapa kali ianya diketepikan.

Walaupun begitu pihak Puter Al Waleed terus menafikan dan jurucakap nya Heba Fatani berkata “tidak ada alas an langsung yg mana Putera itu tidak pernah pergi Pulau Ibza sejak 10 tahun kebelakangan ini”.

Heba Fatani berani bersumpah bahawa keterangan bagi pelabuhan dan data satelit kapal Al Waleed, Kingdom 5KR, pun tidak memperlihatkan kedudukannya berada di luar pantai Sepanyol mahupun Ibiza. Al Waleed juga pemilik saham Citibank ini tidak menyewa bot mewah untuk ke sana.

Akhbar New York Times menyiarkan seorang hakim Sepanyol berhasrat untuk membuka kembali kes lama tersebut. Kes itu sudah ditutup Julai tahun lalu. Hakim berkata yg kes rogol itu tidak cukup bukti . Tetapi pihak di Mahkamah Wilayah Kepulauan Balearic, mengambil keputusan untuk menyiasat semula kes ini. Termasuk memanggil Al Waleed.

Putera Al Waleed juga pengarah beberapa syarikat terpenting di dunia. Majalah Forbes menganggarkan kekayaan Al Waleed pada 2011 mencapai US $ 19.4 bilion. Dia juga antara orang terkaya di Arab Saudi, dan satu-satunya individu yang punya saham terbesar di Citigroup. Selain itu, dia juga mempunyai saham kedua terbesar di News Corp milik Rupert Murdoch. – edit by megasuria teks tempo