K’jaan dinasihati Apco, undang2 zalim bakal ganti ISA

Monday, September 19, 2011



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga mendapat nasihat dari firma Perunding Yahudi, Apco Wordwide.

Menurutnya, rakyat perlu berwaspada apabila ISA dibatal kerana kalangan pimpinan Umno sendiri menjangkakan, dua akta baru untuk menggantikan undang-undang itu dijangka lebih keras “asalkan bunyinya bukan ISA”.

“Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan yang disediakan oleh Apco itu.

“Biar rakyat pula menilai dengan sendiri. Kempen Pakatan batalkan ISA berkesan,” katanya yang pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali.

Anwar berkata, ISA diguna bagi pentadbiran Umno-BN sejak sekian lama untuk mempertahan ketuanan Melayu dan melindungi kedudukan Umno dalam kerajaan.

Menurutnya, tiada jaminan undang-undang baru bagi menggantikan ISA itu tidak menyekat kebebasan bersuara rakyat.

“Dua soalan yang perlu difikirkan bilakah ISA akan dimansuhkan? Dan apakah kedua-dua undang-undang yang menurut maklumat daripada Umno, akan sama ketat dan terhad untuk menggantikan ISA?” katanya.

APCO ialah firma Yahudi yang diupah Najib untuk menaikkan imejnya sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009 dengan menggunakan wang pembayar cukai sebanyak RM77 juta setahun.

Pendedahan mengenai penglibatan Apco dalam kerajaan mengheret Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama setengah tahun, tahun lalu.

Khamis lalu, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dengan apa yang beliau sifatkan sebagai satu pembaharuan politik, namun menggantikannnya dengan dua akta baru yang tidak diperincikan. teks