Pelacur2 Indonesia turut di tangkap di Mekah

Thursday, September 22, 2011


Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan, PIC Arab Saudi, telah mengenalpasti 11 warga asing yang didakwa melakukan aksi pelacuran di Daerah Al-Khansa, Mekah, ketikat musim haji dan umrah, Selasa, 20 September kelmarin.

Pejabat Majlis Tempatan mengatakan, kumpulan itu terdiri daripada enam lelaki Bangladesh dan lima orang pelacur Indonesia. "Mereka ditangkap setelah diintip beberapa kali."

Polis iberkata , kegiatan pelacuran itu dilakukan dengan licin apabila mendapat kerjasama dari pengawal2 keselamatan pusat pusat perniagaan dengan mengutip bayaran Rm180/= untuk semalam daripada pelanggan.

Jurucakap Polis Mekah, Leftenan Kolonel Zaki Al-Rihaili, berkata mereka itu akan dihantar keIbu pejabat Polis Al-Maabdah sebelum mereka diserahkan kepada PIC untuk didakwa di mahkamah.

Arab Saudi tidak hanya menarik kepada penduduk dunia untuk mencari rezeki halal di negara Islam yg menjadi pusat orang mengerjakan haji saja, tetapi juga memikat para peniagaan haram seperti pelacuran.

Dalam laporannya 15 Januari 2008, dilaman Moderghana.com, turut melapurkan bahawa banyak perempuan Ghana di musim haji berama dengan rakan-rakannya dari Nigeria di Arab Saudi. Mereka bukan mahu mengerjakan ibadah haji, tetapi datang untuk menjadi pelacur. "Walaupun di sana undang-undang Islam dilaksanakan secara ketat, mereka tak peduli." – edit by azrinavid teks tempo21