Pintu pagar rumah anak Mat Sabu dibakar semalam

Wednesday, September 21, 2011


Pintu pagar rumah anak kepada ahli politik sesansi Mat Sabu di syeksen 19 Shah Alam telah dibakar senalam. Nurulhuda 28, yg juga seorang peguam berkata, ini mungkin sebagai amaran gara gara ceramah ayahnya diTasek Gelugor 21 ogos lalu.

Beliau tidak menyedari kejadian itu kerana sedang menonton TV sambil menunggu adiknya Ahmad Saiful pulang.

Katanya beliau hanya menyedari bunyi injin kereta diluar tetapi tidak menyangka apa apa, hanya setelah dihubungi jirannya melalui telepon barulah belaiu keluar dan mendapati pintu pagar rumah nya hitam terbakar dan telah dipadamkan oleh jiranya.

Kejadian itu berlaku lebihkurang jam 12.30 malam dan beliau menghubungi Polis pada jam 12.53, ketika kejadian itu berlaku ayahnya Mat Sabu berada diPulau Pinang dan hari ini Mat Sabu akan didakwa dimahkamah sesyen Butterworth dibawah kanun keseksaan yg mendatangkan kianat awam.

Nurulhuda mengucapka berbanyak terimakasih kepada jiran2 dan bersyukur kerana kebakaran itu tidak melarat ke rumahnya. – Azrinevid/sh