Rahsia Raja Arab Saudi guna pil didedahkan

Thursday, September 8, 2011


Wikileaks sekali lagi kembali mengejutkan media. Baru baru ini Wikileaks mendedahkan rahsia kehidupan dan tahap kesihatan Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz.

7 / 9 Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Riyadh, dalam fax yang dihantar ke kementerian luar negeri di Washington menyebutkan maklumat peribadi Raja Abdullah termasuk usia, jumlah isteri, dan ubat-ubatan yang digunakan sekarang.

Fax yang bertajuk "update maklumat peribadi Raja Saudi" itu dikatakan, "Seorang doktor berasal dari Barat yang secara berkala merawat ahli keluarga Raja Saudi itu pada 11 Julai lalu, menyerahkan maklumat khusus data kesihatan Raja Abdullah bin Abdul Aziz, kepada wakil ketua wakil Amerika di Riyadh. "

Dokumen itu merangkumi umur sebenarnya Raja Abdullah dan jenis ubat-ubatan yang digunakan nya. Doktor itu juga dipanggil untuk merawat salah seorang isteri Raja Abdullah, yang mempunyai empat isteri itu, namun pusat kesihatan Raja Saudi bukan menghantar dokumen-dokumen kesihatan isteri Raja Saudi, tetapi data-data peribadi milik Raja Abdullah.

Berdasarkan fax itu, Raja Arab Saudi berusia 92 tahun yg lahir pada 1916, adalah sebagai penagih rokok, dan mengambil ubat-ubatan hormon dan pil-pil peangsang gairah seks.

Dokumen rahsia itu terdedah ketika pemerintah Arab Saudi menolak memberikan keterangan soal maklumat peribadi Raja Abdullah dan anggota keluarganya. – mjr/IRIB