Tiada desakan, budi & jasa BN sendiri untuk mansuhkan ISA, pening puak ni

Monday, September 19, 2011


Pemansuhan akta ISA telah pun diumumkan baru baru ini. Untuk setakat ini memanglah ianya satu perkembangan yg baik tetapi kita perlu tahu akan ada satu lagi akta susulan yg bakal diketengahkan.

Tok Najib berkata “pembubaran akta itu bakal menjulang negara kita sebagai Negara demokrasi yg terbaik didunia” betul atau tidak wallahu’alam, itu Najib yg kata.

Riuh dikatakan pengistiharan itu tiada tekanan dari mana mana pihak, walaupun pembangkang sudah bertahun tahun membantah penggunaan akta itu @ yg lebih dikenalpasti sebagai akta ‘dikurung’ tanpa diberi ruang untuk membela diri.

Yang agak menjadi ‘kelu’ bagi saya dan bangang kata saya apabila dalam lapuran sinarharian tadi berkata “ini bukan desakan mana mana pihak, tetapi jasa dan budi kerajaan BN yg diperjuangkan selama ini” kata Najib di majlis aidilfitri di Pekan.

Kalau pada anggapan orang ramai takkira dikampong2 atau dimana, apabila membaca lapuran itu lalu berfikir, “apakah BN sendiri yg memperjuangkan untuk memansuhkan ISA”? ini kerja bodoh. Bila di katakan “ini adalah jasa dan budi BN yg memperjuangkan” apabila mereka bubarkan akta iblis itu.Dia yg buat kemudian dia yg mansuhkan kerana dia yg berjuang supaya dimansuhkan, bila dikatakan tak cerdik nak marah..