Juruterbang silap tekan suis, kapalterbang bergerak miring 130 darjah

Sunday, October 2, 2011

Jenis yg sama Boeing 737-700

Sebuah kapalterbang penumpang milik All Nippon Airways terselamat dari kecelakaan apabila ia terbang dalam keadaan terbalik hampir satu minit., lapur Kementerian Pengankutan Jepun 28hb September lalu.

Kejadian itu berlaku ketika kapalterbang Boeing 737-700 ketika berlepas dari Lapangan terbang Naha Okinawa - Shizuoka bersama 117 penumpang yg lain dan ia terbalik serta hampir berlaku kemalangan setelah pembantu pilot nya tersilap tekan suis untuk membuka pintu kokpit setelah keluar dari tandas.

Di lapurakan 3 orang tercedera dalam insiden itu, walau bagaimana pun p4esawat itu selamat mendarat diairport Haneda Tokyo dengan selamat.

Dalam rakaman, menunjukan kapalterbang itu membelok kekanan kemudian membelok semula ke kiri dalam kedaan miring 130 darjah. Dalam keadaan gelap diluar, para penumpang tidak menyedari yg kapalterbang yg mereka naiki hampir terbalik.

"Gambar-gambar yang luar biasa. Pesawat itu terbang dalam posisi yang tak terbayangkan," kata seorang pilot kepada television NHK setelah rakaman itu ditayangkan kepada umum.

Pegawai syarikat penerbagan ANA menyatakan kekesalannya dalam kejadian itu kepada penumpang dan pihak keselamatan penerbangan masih manyiasat kejadian tersebut. – edited by azerinevid teks kompas