Kemboja henti hantar tenagakerja nya ke Malaysia, setelah 3 pembanturumahnya terbunuh dianiayai

Thursday, October 20, 2011

Menteri Tenaga Kerja Malaysia, Dr S Subramaniam

Kerajaan Kemboja mengambil ketetaapan untuk menghentikan penghantaran tenaga kerjanya ke Malaysia berikutan dengan meningkatnya angka kekerasan dan gangguan keatas tenaga kerja wanita Negara nya disektor domestic.

Dokumen Peraturan penamatan penghantaran tenaga kerja ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri Hun Sen. Langkah ini diambil kerajaan untuk memberikan respons "beberapa maklumat negatif" yang mereka terima keatas para pekerja pembanturumah yg berasal dari Kemboja.

Keputusan Phnom Penh itu membuat kerajaan Malaysia merasa kurang senang dan Pihak polis Malaysia membantah adanya maklumat yang menyebut tiga PRT yg berasal dari Kemboja terbunuh setelah dianiayai. Pengarah Jabatan Jenayah Polis Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin berkata, sejak tahun 2004, hanya ada dua kes kematian tenaga kerja dari Kemboja yang dilaporkan.

Di Shah Alam, Menteri Tenaga Kerja Malaysia, Dr S Subramaniam menyatakan Malaysia akan segera melakukan dialog dengan Kemboja untuk menyelesaikan masalah ini. "Malaysia ingin mendapat kepastian terus pandangan dari kerajaan Kemboja untuk penyelesaian kes ini," katanya.

Siwi Tri/repb/Sumber: The Star