Merogol lelaki, 3 wanita dicekup silap minta kondom pada Polis

Saturday, October 15, 2011

orang ramai mengunjungi Balai Polis Gweru.

Tiga orang perempuan iaitu, Rosemary Chakwizira 24, Sophie Nhokwara 26 dan Netsai Nhokwara 24 tahun yg berasal dari Mkoba 4, Gweru Zimbabwe telah ditangkap kerana merogol beberapa orang lelaki yg diperangkap nya dijalanan.

Mereka menggunakan taktik memberhentikan kereta dan membenarkan para leleki yg menahan kereta untuk menumpang untuk kedestinasi yg dituju termasuk di daerah Harare dan Mashonaland. Setelah menaiki lelaki itu dibius dan diculik ketempat lain, kemudian dipaksa melakukan hubungan seks. Lapur Daily Mail 13/10 lalu.

Pekara ini terbongkar apabila perempuan itu dan pemandunya terlibat dalam satu kemalangan yg menyebabkan seorang pejalan kaki terbunuh. Mereka meinta izin dari pihak Polis untuk mnegambil sejumlah kondon yg tertinggal didalam kereta mereka yg disita. Pihak Polis mencurigai dengan terjumpanya 33 kondom didalam kereta lalu menahan keempat mereka termasuk pemandunya.

Menurut Ketua Polis Charles Makono, setelah lelaki yg ditumpangi itu dirogol, perempuan2 itu meninggalkannya ditepi jalan dan Radio Nehanda Zimbabwe melaporkan, balai Polis Gweru telah didatangi ramai wartawan dan orang ramai untuk melihat ketiga tiga perempuan yg sering beraksi tidak senonoh itu.

Polis juga meminta semua para mangsa datang membuat lapuran dan pengecaman kepada tertuduh serta mengambil sperma pada kondom untuk ujian DNA.- megasuria/Dailymail