Pelakun Iran dihukum rotan 90 kali setelah muncul dalam 'My Tehran For Sale'

Monday, October 10, 2011


Mahkamah Agung Iran menjatuhkan hukuman kepada aktris Marzieh Vafamehr dengan hikuman penjara selama setahun dan rotan sebanyak 90 kali kerana muncul dalam filem yg dikecam hebat oleh kerajaan Iran.

Lapuran turut disiarkan dalam site kumpulan pembangkang Iran, Kalameh.com 9hb.10 kelmarin. Dikatakan juga yg Marzieh membuat rayuan tetapi di tolak. Marzieh Vafamehr telah ditahan sejak julai lalu kerana muncul dalam filem ‘My Tehran For Sale’ yg timbul banyak kontraversi.

File ini hasil usahasama Australia yg mengesahkan keinginan anak muda di Iran untuk mencari kebebasan hidup, bebas berpakaian dan berteriak inginkan bebas telah mendapat kritik dari kerajaan Iran.

Anak muda itu telah menemui pengarah Iran yg berwarga Negara Australia dan di beliau diberi cadangan untuk keluar dari Iran bagi mengembangkan bakat seni nya diluar.

Pejabat berita Fars melaporkan film itu belum lagi ditapis tetapi sudah ditayangkan dan akhirnya My Tehran for Sale itu diharamkan. – edit by azrinevid teks faisal/telegraph