Mustahil Pas boleh laksanakan Hudud, macam nafikan kekuasaan Illahi..

Saturday, October 1, 2011

Dukacita dimaklumkan, apabila Dr.Ahmad Astory Hussain 'seolah olah' menidakan kekuasaan Allah subhanahu wata’ala.

Beliau yg juga seorang Professor dan penganalis politik berkata “Pas mustahil dapat laksanakan hukum hudud, walaupun dinegeri Kelantan”. Mustahil ini adalah sesuatu pekara yg tak mungkin berlaku. Kenapa apakah dia tidak sedar dan mengetahui yang Allah itu maha kuasa?

Al Matin, Al Mulk adalah maha sempurna kekuatan nya dan maha pemilik kekuasaan. Bila dikatakan mustahil bermakna ia takkan berlaku @ mana boleh terjadi, sedangkan Allah itu maha Agong. Karahiyah salah satu mustahil bagi Allah. mustahil bagi Allah SWT menjadikan alam ini tanpa berkehendak nya.

Pas mustahil boleh buat hukum hudud kerana undang undang berkaitan jenayah telah diseragamkan disetiap negeri di peringkat pusat, tambahnya lagi didalam sinarharian timur 30hb. Lain cerita kalau dia katakan jika dikehendaki Allah.

Tambah si-tuan Professor ini lagi, “kerajaan negeri Kelantan perlu berunding dengan kerajaan Persekutuan sebelum laksanakan hukum, dan saya percaya ia adalah mustahil”.