TUDM guna peralatan expired date - Audit

Tuesday, October 25, 2011

Aviation Ground Support Vehicle atau AGSV merupakan kenderaan peralatan sokongan yg digunakan disemua pangkalan TUDM seluruh Negara.

Yang agak mendukacitakan pihak TUDM masihlagi menggunakan nya walaupun ianya sudah ‘dikenalpasti’ sebagai peralatan yg sudah tamat tempuh dan seringkali mengalami kerosakan serta amat sukar untuk memperolihi alatganti model lama.

Mengapa pekara begini boleh berlaku? Sedangkan budget pertahanan sering diambilkira setiap tahun. Apalagi negara kita sering diwar warkan ‘bertaraf Negara maju’ menjelang beberapa tahun lagi. Walhal tentera kita masih menggunakan peralatan expired date.

Semakan audit mendapati 70 buah dari jumlah semua 74 yg telah di audit atau 94.6% tidak sesuai untuk digunakan kerana sudah melebihi had umur ekonomi yg berdasarkan had kasting Angkatan Tentera Malaysia kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin.

Maklum balas dari pihak terbabit mengatakan, mereka kekurangan pakar pembaikpulih peralatan model lama dan kontrator yg dilantik untuk penyelenggaraan tidak dapat mengatasi bagi tempuh waktu yg ditetapkan, jadi terpaksa menggunakannya walaupun sering berlaku masaalah.

Kita semua sebagai org awam memang kurang memahami akan procesdure ketenteraan tetapi alasan yg beri itu sudah boleh membuat kita ‘tersenyum sumbing’ dengan kewibawaan mereka. – azerinavid sh