Isyarat jolok jarihantu ke atas, pembaca berita dipecat

Friday, November 25, 2011


Sebuah Setesyen Television swasta REN TV Rusia, telah memecat seorang pembaca berita terkenal.

Tatyana Limanova dipecat dari jawatannya kerana dalam siaran beritanya beliau melakukan satu isyarat lucah dengan menjolok jolok jari tengahnya keatas ketika membaca berita sewaktu menyebut nama Barack Obama.

Syarikat Television itu memandang berat perbuatan Tatyana kerana isyarat itu melambangkan kelucahan yg difahami oleh banyak negara di dunia.

Pada 14/11/11 Tatyana Limanova membaca berita petang dan mengfokuskan Perjumpaan ketua negara APEC di Hawaii, baru baru ini. Disana kehadiran wakil wakil dari ketua negara termasuk Presiden Amerika Barack Obama.

"Presiden Rusia Dmitry Medvedev menjadi ketua Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hari ini," kata Limanova semasa memulakan pembacaan berita tersebut. "Jawatan tersebut sebelum ini telah disandang oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. " selepas habis membaca ayat tersebut Tatyana Limonova menunjukan isyarat jari tengah tangan nya dijolok keatas manakala empat jari lain di bengkokan kebawah serta diarah ke kamera.

Dilapurkan juga rakaman siaran berita itu telah ditarik balik termasuk juga di web. Youtube telah dipadamkan. Juga dikatakan yg Tatyana menunjukan perbuatannya itu kepada jurukamera tetapi tanpa disedari nya rakaman tetap berjalan. Tatyana dipecat dalam masa 24 jam. – ahmad dzimar/AFP