Nik Aziz simpati dengan Apek?

Thursday, December 1, 2011


Penjaga gol pasukan bolasepak Kelantan, Kahirul Fahmi bolehlah dianggap sebagai antara penjaga gol terbaik Negara kita sekarang.

Beliau yg juga dikenali dengan panggilan Apek, semakin terkenal apabila kehebatan nya menjaga gawang pasukan Harimau dan pelbagai kontraversi yg melanda beliau kebelakangan ini.

Ia turut dikaitkan dengan masaalah putus tunang nya, pelbagai gambar dengan perempuan yg dihebahkan di internet mahupun tuduhan beliau meminum arak dalam satu majlis.

Walaupun beliau terus menafikan beberapa insiden itu, namun ramai peminat nya semakin gusar dengan keadaan ini termasuk kerajaan negeri Kelantan sendiri. Abdul Fatah Mahmood yg juga selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Insan Belia & Sukan Negeri Kelantan berkata, sebagai pemain bolasepak yg dikenali ramai, beliau harus menjaga nama baik dan disiplin ketika di padang mahupun diluar padang.

Malah MB Nik Abdul Aziz sendiri pernah berbual dengan penjaga gol itu dan beberapa kali menyebut kita perlu menjaga sahsiah dan akhlak. Kita bersimpati dengan beberapa kes pribadi yg dihadapinya sekarang, kata Nik Aziz Nik Mat lagi.

Walaupun beliau terus dipalit dengan pelbagai kontraversi namun kepopulariti nya terus melonjak, tapi jangan lupa semua penampilan kita juga harus dijaga. Apalagi banyak melibatkan pelbagai pihak lain termasuk kerajaan negeri, sukan bolasepak mahupun keluarga sendiri.- ahmadzimar sh1