Isteri ditembak ketika membaca al Quran dimakam suami nya

Sunday, January 22, 2012

Penyerang yg tak dikenali menembak seorang janda, ketika ia membaca Al-Quran di makam suaminya di wilayah Pattani Selatan Thailand kelmarin 20/1/12.

Joh Songsa, 49 tahun, dijumpai meninggal dunia di depan makam suaminya, menurut lapuran Bangkok Post.

Pihak Polis mengatakan Joh ditembak di bahagian belakang kepalanya di Sai Buri Daerah Pattani, 700 kilometer selatan kota Bangkok.

Bekas isteri itu, yang meninggal setelah ditembak sering dilihat selalu mengunjungi kubur suaminya dan membacakan al-Quran, kata jurucakap Polis. Pihak masyarakat setempat mendakwa sebuah kumpulan tertentu yg membuat penyerangan tersebut.

Sejak kematian suaminya, Joh dilaporkan telah menyertai satu program kerajaan yg memberikan bantuan kepada keluarga yang kematian anggota keluarga semasa kejadian rusuhan di selatan Thailand satu ketika dahulu.

Empat daerah selatanTahiland iaitu Narathiwat, Pattani, Satun dan Yala adalah didiami mejoriti penduduk Muslim di Thailand yang didominasi oleh kaum Buddha.

Wilaya2h ini telah sering berlakunya pergolakan sejak Januari 2004 yang telah mengorbankan lebih dari 5000 nyawa. – teks e/muslim edit by ahmedzimar