Israel serang Iran selepas konsert Madonna Jun ini?

Tuesday, February 14, 2012


Muzik atau konsert adalah lebih penting dari peperangan! “tolong jangan hentikan konsert Madona” kata diantara pengemar muzik yg tinggal di Israel.

Peminat diva muzik ini membuat sebuah grup di laman sosial Facebook untuk meminta agar Israel menunda atau menangguhkan dulu kemungkinan melakukan serangan terhadap Iran. Group dilaman facebook itu meminta serangan itu ditangguhkan sehinggalah Madonna selesai membuat konsert nya pada bulan mei ini. ”minta Bibi tolong jangan ada berlakunya serangan kepada Iran sebelum pertunjukan Madonna pada 29 Mei,” kata seorang anggota grup tersebut.

Bibi merupakan nama panggilan kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Ikon musik internasional Madonna itu akan mengadakan show nya di Israel bulan Mei nanti. Dikatakan Madonna akan tiba beberapa bulan sebelum itu untuk membuat latihan.

Ketika penggemar muzik di Israel sebuk menantikan konsert besar Madonna itu, timbul pula desas desus yg Amerika dan Israel bakal menyerang kedudukan program Nuklear Iran walaupun Iran terus menyangkalnya.- dzimar pelangi indah