kepala aku botak 'kerana' Lynas Kuantan - Chow Kok Chin

Monday, February 20, 2012

Pagi semalam di Pasar Besar Kuantan diadakan sedikit majlis ‘keramaian’ yg agak meriah dan lucu, walaupun hujan renyai renyai.

Sorakan gembira masing2 yg hadir apabila 17 orang mengambil bahagian untuk membotakan kepala mereka bagi melahirkan bantahan perlaksanaan Loji nadir bumi kepunyaan Lynas Advanced Material Plans di Gebeng dekat Kuantan.

Chow Kok Chin 62 dan anaknya Chow Soon Hing 38 berkata meraka sudah datang kesini sejak semalam lagi dan pengalaman nya hidup berhampiran Loji Bumi Bukit Merah Perak sudah banyak mengajar nya serta tak berbelah bagi untuk menyokong usaha usaha bantahan perlaksanaan kilang kimia tersebut.

Tambahnya kegelisahan kita semua bagi keselamatan anak cucu kita nanti.

Seorang pelajar Wee Ben Seng 25 tahun berkata kehadiran nya kesini hanya sekadar untuk memberi sokongan sahaja, tetapi apabila melihat suasana yg agak sedikit hangat dengan kemeriahan, beliau turut ambil bahagian untuk mencukur kepala nya.

… dan yg lebih lucu nya seorang kanak kanak berusia 2 tahun juga dibawa bapanya untuk membotakan kepala nya, dengan sorakan mereka yg hadir disitu. - fizzimar