SPR kehabisan borang pengundi baru..pelek!

Thursday, March 15, 2012


Dr. Jeffrey Kitingan telah menyatakan rasa tidak percayanya bahawa Suruhanjaya Piliharaya (SPR) telah kehabisan borang pedaftaran pengundi baru.


Pengerusi STAR Sabah itu juga memaklumkan dia telah menerima rungutan dari para penyokong STAR di beberapa daerah yang menyatakan mereka yang mahu mendaftar sebagai pengundi baru sebelum pilihanraya akan datang tidak dapat berbuat demikian kerana telah diberitahu oleh semua Pejabat Pos di tempat mereka bahawa borang itu kononnya telah habis.


Sebagai contoh, katanya lagi, para pemimpin STAR di Tenom telah bertanya di Pejabat Pos Tenom tetapi telah diberitahu borang telah habis dan apabila mereka menelefon Pejabat Pos Kota Kinabalu mereka diberi makluman yang sama, dan stok borang yang baru 'Belum sampai.'


“Saya tidak boleh menerima alasan bahawa SPR boleh menghadapi masalah yang begini kecil memandang SPRlah yang selama ini menggesa rakyat Malaysia agar mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi,” katanya. “Adakah mungkin ini satu daripada banyak permainan kerajaan mengurangkan borang kerana motif-motif tertentu?”


Dia meminta SPR agar memberikan penjelasan mengenai perkara itu, untuk menerangkan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku kerana masalah kehabisan borang SPR adalah sesuatu yang agak pelek dan tidak boleh diterima sama-sekali.”


“Borang-borang ini tidaklah susah untuk dicetak, bukan seperti mengeluarkan kad pengenalan atau kad kredit,” ujarnya. “Jika sebuah akbar kebangsaan boleh mencetak sehingga 300,000 naskhah akhbarnya setiap hari, saya tidak nampak sebab kenapa sebuah organisasi kebangsaan seperti SPR boleh kehabisan borang yang berbentuk satu muka sahaja. Sepatutnya borang ini boleh dimuat turun dari laman sesawang SPR.”


“Jika benar seluruh Sabah telah kehabisan borang ini rakyat akan membuat tafsiran yang negatif dan percaya SPR mempunyai permainan tertentu,” tambahnya. “Malah, kami di STAR sekarang mensyaki mungkin ini adalah tindakan terancang untuk menghadkan atau menghentikan pendaftaran para pengundi baru di Sabah kerana ada pandangan bahawa para pengundi baru kebanyakannya bersikap anti-BN.” - sab/kiki