3.6 juta ringgit upah jaga stadium runtuh..tapi kecurian masih berlaku

Wednesday, April 25, 2012


.. dan sudah tiga tahun keruntuhan stadium Slt.Mizan di Terengganu berlalu. Yang nyata kos penjagaan stadium yg runtuh amat tinggi, agak nya jauh beza dengan maintenance stadium yg berkeadaan baik.

Kata Dr.Zaaba Mohd Adib dari Jabatan Pembangunan Infranstruktur Negeri, ‘kerajaan negeri telah melantik syarikat keselamatan bagi menjaga stadium itu dengan kos penjagaan hamper RM100,000 sebulan kepada 30 orang pengawal keselamatan. Bayangkanlah kalau 100,000 ringgit sebulan jika dikali dengan 3 tahun…agak2 berapa juta ringgit?

Yang agak mendukacitakan dalam keadaan dijaga dengan kos ratusan ribu itu, sudah enam kali lapuran Polis dibuat kerana kehilangan barang2. Apa yang dijaga?..bila ditanya berapa jumlah kerugian? Dijawab pula “itu pihak JKR lah yg boleh buat penilaian”.

Pekara itu juga dibangkit oleh Adun Batu Burok (Pas) Dr.Syed Azman dalam dewan negeri, yg bertanya bagaimana status kecurian yg sering berlaku distadium itu. – najaf/sh