Zuriat yang mengelirukan

Thursday, April 5, 2012


Jika dilihat gambar kelihatan makhluk itu berbeza mahupun dari bunyi suara nya namun dapat berjalan seiiringan dengan kasih sayang tersendiri.

Difahamkan yg Ibu ayam yang ‘tersalah’ mengeram di atas telur itek, dan menjadi ‘ibu’ kepada beberapa ekor itek. "ketika ianya mula menetas satu persatu, ibu ayam itu sudah menunjukkan rasa sayangnya kepada anak2 yg berlain spesies itu," kata Philip Palmer, se orang petani yg memiliki haiwan itu…juga turut dimuatkan dalam lapuran Daily Mail.

Yang menjadi masaalah dan agak lucu katanya, apabila anak-anaknya mulai belajar untuk berenang, kata Palmer. Beliau yg memanggil ibu ayam itu dengan panggilan Hilda, berkata kerana ibu ayam itu tidak pandai berenang dan merasa lucu ketika anak anak itek itu bising memanggil ibu nya masuk dalam kolam.

Palmer, yang mengurus tanah pertanian di Poole, Dorset, Inggris, menceritakan Hilda sebagai ibu yang penuh kasih. "Ia hampir tidak meninggalkan telur itek itu sampai mereka menetas setelah 28 hari," katanya.

Sambil tersenyum Palmer menceritakan, anak anak itek itu tidak menyedari yg ibu mereka bukan dari spesies yg sama dengan nya, begitu juga kepada ayam itu, walau pun terjadi beberapa ‘hal’ yg sedikit mengelirukan ketika berenang dan bersuara.

- edit by fizzehran