Khairy Jamaluddin menyokong usul Pas di Parlimen

Tuesday, September 25, 2012

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini turut menyokong usul yang dibentangkanoleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang mencadangkanagar filem kontroversi, Innocence of Muslimsdibahaskan di Parlimen. Menurutnya, usul itu turut dirancang olehnya untuk dibahaskan tetapi Pas telah mendahului dalam perkara ini. "Namun, saya tetap menyokong penuh usul itu untuk di bahaskan di Parlimen," katanya di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

 

Pagi tadi, Dewan Rakyat telah menerima agar usul mengecam filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW itu dibahaskan. Dalam usulnya, Salahuddin mencadangkan agar Parlimen sebulat suara mengambil tindakan dan melahirkan bantahan terhadap filem arahan Sam Bacile dari California, Amerika Syarikat yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

 

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap penerbit filem itu. Tambahnya, rakyat Malaysia yang berhimpun pada Jumaat lalu membuktikan orang Islam tidak bertindak ganas walaupun sedang marah. "Saya bangga dengan langkah ‘bersoladariti’ pada 23 Spetember lalu yang berlangsung secara, sekali gus menafikan pandangan stereotaip pihak Barat yang menganggap orang Islam ialah ganas.

 

"Saya juga ingin nyatakan kebebasan suara yang diamalkan Barat sangat tidak bertimbang rasa dan mereka sewajarnya lebih sensitif dengan perkara yang berkaitan dengan isu agama," katanya. – s/harian