Najib beri bayangan PRU yg lain pula

Thursday, September 20, 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi bayangan baru mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13, ia tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini walaupun ramai membuat spekulasi ia dijangkakan pada November ini. Menurutnya, PRU13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini. "Tidak mungkin PRU13 diadakan dalam masa terdekat. Jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat ini, sudah semestinya Perhimpunan Agung Umno juga akan ditangguhkan," kata beliau pada sidang media selaps mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.-s/harian