"Giant Killer BN" amat gentarkan pada Haji Hadi?

Tuesday, October 2, 2012

Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar yg pernah digelar sebagai “Giant Killer” bagi BN seolah merasa takut dan bimbang kepada Datuk Sri Haji Hadi.

 

Semalam beliau ada menyebut pd wartawan “Presiden Pas itu yang bertindak selaku ketua pembangkang di Parlimen perlu ditumbangkan terlebih dahulu sebelum `mencantas’ pengikut beliau agar ketua parti itu hilang suara di Parlimen”.

 

Haji Hadi amat perlu ditumbangkan katanye, “Ketua seperti Abdul Hadi perlu ditewaskan memandangkan dia Presiden Pas. Kalau Abdul Hadi kalah seperti kepala macam sudah hancur. Tiada kepala, tidak boleh berjalan . Kita bukan kerat ekor (dahulu), bukan kerat badan, cantas kepala terus”, lapur sinarharian tadi.

 

“Dengan tumbangnya Abdul Hadi, membolehkan tiga lokaliti utama, Marang, Terengganu dan Malaysia dapat diselamatkan” tambah nya.

 

Walaupun Ab.Rahman pernah mengalahkan Haji Hadi pada 1986 dan 2004, tetapi ketraumaan nya amat dirasa dan beliau menganggapkan, andaikata BN menumbangkan Abdul Hadi tidak sama dengan kemenangan BN di 10 kerusi Parlimen lain kerana kemenangan BN di Parlimen Marang sesuatu yang sangat penting dan istimewa.

 

Beliau berkata begitu apabila diajukan, bagaimana kalau nama nya di calunkan untuk bartanding di Marang menentang Haji Hadi, katanya beliau tidak menolak, dan tidak meminta, apa apa pun terpulang pada pucuk pimpinan katanya.

 

Dia berkata, ramai yg menganggap Marang satu kawasan panas adalah kubu kuat Pas, tetapi tambahnya lagi BN kena ada formula dan meletakan calun yg betul2 berkemampuan dan dipercayai rakyat.

 

Disini kita perlu faham yg Ab.Rahman ini terlalu gentar dgn Datuk Sri Haji Hadi, yg nyata pd pandangan nya Haji Hadi amat berpengaruh, sehinggakan berkata ‘tumbangkan Haji Hadi, boleh selamatkan Malaysia’. Jika Haji Hadi tumbang makan pengaruh Pas akan terhakis di Negara ini, kata nya. Takkan hanya Haji Hadi saja yg boleh meimpin Pas .

 

Beliau mengarapkan kerajaan BN menfokuskan kepada Marang kerana itu kubu utama katanya.