Husam gulung bahas Dewan Kelantan, wakil BN mencelah & 'terduduk'

Thursday, October 18, 2012

Semasa hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa turut menggulung Akta Darurat 1978 kepada Kelantan, dan pada ketika itu juga Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) bangun dan memperli yg kerajaan Pas agak rapat dengan DAP.

 

"Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap saudara Husam boleh menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah pejuang Islam sebenar," katanya ADUN BN Bukit Bunga itu semalam.

 

Dengan Parti Pas duk sebuk2 ingin untuk melaksanakan hukum Hudud, tetapi ditentang oleh beberapa pimpinan dalam Pakatan Rakyat sendiri dan semasa penggulungan itu juga Mohd Adhan Kechik BN Bukit Bunga turut membangkitkan hubungan Pas dengan DAP dengan memberi kenyataan salah seorang pemimpin DAP yang menentang hukum hudud.

 

Husam Musa menjelaskan, pemimpin tersebut adalah bukan beragama Islam, Wakil BN itu senyap lalu duduk. Takkan dia tak tahu, org bukan Islam memang tak sokong, lainlah kalau pemimpin DAP yg dimaksudkan itu Islam... memang patut dipertikailah kalau tak sokong, sekarang orang Islam mana lagi yg tak sokong? kalau tidak bukan org Umno..

 

Baru2 ini pun puak2 disana itu semakin menggelabah pabila Datu’Nik Aziz terus mempertahankan hubungan Pas dgn DAP didalam Pakatan Rakyat dengan mengaitkan beberapa hujah kenapa perlu ada hubungan itu.