Isu Ayatollah Pas akan memanggil Dr.Asri

Monday, October 29, 2012

Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat , Dr Mohd Khairuddin berkata, beliau bersedia menjemput bekas Mufti Perlis Dr.Asri bagi membincang secara ilmu, ekoran dari kritikan Dr.Asri yg bimbang para Ulamak Pas tidak boleh ditegur nanti jika berjaya menawan Putrajaya.

 

Dr.Asri juga berkata dalam satu wacana anjuran satu badan Media, ‘ulamak Pas jangan jadi semacam Ayatollah Khomeni Iran’ yg tak boleh ditegur.

 

Dewan Ulama Pas Pusat merasa pekara ini perlu diberi perhatian kerana hal itu disiarkan media perdana dan mendapat pelbagai riaksi dari orang ramai.

 

Pihak kami sentiasa menerima teguran luar dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias, sayugia itulah kami berhasrat untuk menjemput Dr.Asri untuk bertukar penadapat dan berbincang sebagaimana yg diingini oleh Islam itu sendiri.

 

“Insya Allah saya akan menghubungi beliau dan menyatakan hasrat ini serta terpulanglah kepada Dr.Asri untuk memilih masa dan tempat mahupun kelapangan masa Dr.Asri” tambahnya lagi.- tip sh