Polis Malaysia Biadab

Monday, November 12, 2012

Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia atau BNP2TKI, Moh Jumhur Hidayat mengutuk dan menyatakan tiga anggota polis Malaysia yang merogol seorang Tenaga Kerja Indonesia yg berasal dari Batang, Jawa Tengah, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia pada Jumaat lalu, 9/11/02

 

Pihak nya menegaskan agar dapat pemerintah Malaysia perlu mendidik dan disiplinkan anggota Polis nya karena semakin ramai yang bertindak liar sekaligus tidak beradab dalam menghadapi para pekerja dari Indonesia di negara tersebut.

 

"Dengan kejadian biadab yang selalu berlaku kepada pekerja yg tak berdokumen atau pun masuk secara resmi, agar pihak Polis nya perlu kefahaman tugas pasukan Polis Malaysia itu sendiri dan menjadi sangat penting untuk diatasi,” katanya..

 

Perilaku biadab polis Malaysia sering terjadi kepada pekerja asing termasuk dari Indonesia, baik dengan pemerasan, penembakan, dan kini berupa pemerkosaan secara brutal, kata Jumhur persepakatan di Jakarta.

 

Berikutan dengan kes tersebut, Jumhur berkata pihak nya telah menghubungi Duta Besar RI di Kuala Lumpur Herman Prayitno, untuk meminta proses hukuman yang seberat-beratnya ke atas tiga anggota polis Malaysia itu, mereka ialah Nik Sin Mat Lazin (33) yang berkhidmat dengan pasukan polis Malaysia selama 13 tahun, Syahiran Ramli (21) yg bertugas dua tahun satu bulan dengan PDRM, dan Remy Anak Dana (25) yang juga bertugas selama satu tahun dua bulan.

 

Dalam data Sistem Komputerais Tenaga Kerja Luar Negeri (Sisko TKLN) BNP2TKI, TKI yang mengalami pemerkosaan itu, dikenali sebagai Miranti, merupakan tenaga kerja yang bekerja di Singapura sejak 3 November 2010.

 

"Selepas 8 bulan bekerja Miranti pergi ke Batam dan bertukar unruk bekerja di Penang pula di kilang Amwork Vision. Maklumat ini diperolehi semasa proses program pemutihan tenaga kerja asing di Pulau Pinang oleh KBRI/KJRI," katanya.

 

"Saya sudah menalipon dengan keluarganya, dan sekarang Miranti sudah dalam perlindungan KJRI di P.PInang, sementara itu ketiga tiga polis yg merogol itu sudah ditahan. Saya juga mempelawa pihak keluarga mangsa untuk dating melawat Miranti di P.Pinang, kata Jumhur. Redaktur: Taufik Rachman