MB buat salah dilepaskan saja

Tuesday, November 19, 2013

Tindakan kerajaan membebaskan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menghantar RM10 juta wang secara haramkeluar Negara, di pertikaikan kerana hanya tindakan kpd pengurup wang yang menghantar wang itu saja bukan kepada MB Negeri Sembilan yg menghantar secara haram, ini menimbulkan kemarahan ahli2 parlimen pembangkang semalam 18/11. Sila klik tajuk Alasan yang diberikan kerajaan adalah, kerana Mohamad Hassan dibebaskan kerana wang itu bukan dari sumber rasua.

 

"Kami tidak tanya dari mana wang yg diambil itu, Tetapi perbuatan dia menghantar wang secara haram itu adalah satu kesalahan," katanya li Parlimen Seremban, Loke Siew Foke dalam sidang medianya di lobi Parlimen semalam.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri hari ini berkata, walaupun didakwa menghantar RM10 juta keluar negara secara haram namun tindakan tidak diambil ke atas Mohamad kerana tidak ada elemen rasuah. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Loke yang bertanya nasib menteri besar itu selepas membuat penghantaran wang melalui pengurup wang ke London.

 

Mohamad dilaporkan menggunakan khidmat pengurup wang – Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd – untuk menghantar RM10 juta pada bulan Mac 2008 lalu. Nancy mendedahkan, Jabatan Peguam Negara telah mengkaji kes yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan telah mengambil keputusan tidak mendakwa Mohamad selepas mendapati wang itu bukan dari rasuah.

 

"Pejabat Peguam Negara mendapati adalah lebih baik tindakan diambil ke atas pengurup wang itu," kata Nancy.

 

Tindakan juga diambil ke atas pengurup wang yang lain dan lesen mereka telah ditarik balik selepas didenda," kata Nancy. Bagaimanapun, Loke mempertikaikan dari mana punca wang ini tidak penting. Yang jelas salah adalah memindahkan wang keluar negara menggunakan pengurup wang yang bertentangan dengan Akta Pengurup Wang 1998 adalah perbuatan yg salah.

 

Mohamad yang dilantik menjadi menteri besar pada tahun 2004 telah disiasat oleh Bank Negara kerana telah memindahkan wang sebanyak RM10 juta ke London melalui Salamath Ali.

 

Tindakan Mohamad itu terdedah apabila Bank Negara membuat siasatan besar-besaran terhadap kegiatan penghantaran wang India Muslim melalui sistem yang dinamakan Hawala – dimana pihak berkuasa kewangan dan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mendapati ia dijadikan saluran untuk pemindahan wang untuk pengganas antarabangsa dan penjenayah.

 

Bank Negara pada tahun 2009 menyatakan Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurup Wang 1998 dan lesennya telah ditarik balik pada 26 Oktober 2009 dan sejak itu penyiasatan ke atas pengurup wang telah dimulakan. "Apabila penyiasatan selesai, Bank Negara akan menyerahkan kes ini kepada Peguam Negara," katanya

 

Di Malaysia, hanya bank dan agen penghantaran wang yang sah sahaja diberikan lesen untuk menghantar wang keluar negara. Wang yang dihantar melalui badan berlesen ini akan direkodkan dan dikawalselia oleh Bank Negara. – alihbahasa by najaf/yahoo