Berbuka puasa di Masjid Besar di Brazil ketika Piala Dunia 2014

Monday, July 7, 2014

Tidaklah terlalu rumit juga untuk merasai suasana Ramadan di Brazil, Walaupun ianya tidak menyerupai suasana di tempat sendiri di Indonesia, Malaysia dan lokasi berdekatan misal nya, tetapi ianya cukup member sedikit kegembiraan kepada kumpulan kami yg sudah berada di sini sejak dua minggu lalu kerana menghadiri perlawanan bolasepak piala dunia 2014.
 
Mesquita de centro Islamico do Brasil atau Masjid Al Markaz Al Islami Lil Brazil
Saya dan beberapa orang rakan dari Jakarta mengambil kesempatan mengunjungi masjid Al Markaz Al Islami Brazil atau Mesquita do Centro Islamico de Brasilia yg terletak di pinggir ibu kota Brazil sendiri, Jalan via Norte 5 kawasan Norte 910, Brazil. Norte artinya kawasan utara, untuk menunaikan sembahyang dan berbuka puasa.


Pada rabu 3/7/14 lalu tak banyak kenderaan atau kurang sebuk di jalan depan masjid. Masjid berada di kawasan hujung jalan. Di sekitar masjid ini adalah kawasan perumahan apartemen, sekolah dan deretan kedai2. Suasana yang agak berbeza sedikit dengan pusat bandar yang lebih dominan dgn gedung2 dan pejabat2 kerajaan.


Dari kejauhan sudah terlihat bangunan masjid ini. Menara masjid yang dicat putih menjulang lebihkurang 15-20 meter. Saya menaiki bas dari kawasan Stadium Nasional Mane Garrincha dan berhenti di Jalan Via Norte 3 lebihkurang 600 meter dari masjid. Norte 3 adalah jalan utama yang menjadi laluan bas.


Oleh kerana bergerak dgn menggunakan bas, kami kemudian nya berjalan kaki ke arah barat menuju Norte 5. Lebihkurang sekitar 200 meter barulah tiba dan memasuki halaman masjid, kelihatan tidak begitu ramai para pengunjung yg datang  untuk berbuka puasa di masjid.


Dari halaman masjid kelihatan beberapa buah kereta sahaja, dan  dua pemuda duduk di perantaraan salah satu bangunan di sebelah masjid, Kepada mereka saya bertanya di mana jemaah berkumpul untuk berbuka puasa. "Silakan masuk ke ruang di sebelah kanan," kata seorang pemuda berbahasa Inggris. Rupanya ruangan sebelah kiri digunakan berbuka puasa untuk kaum perempuan, sebelah kanan pula untuk kaum lelaki.


Di dalam ada lengkongan 25 orang yg menunggu untuk menikmati makanan yang disajikan diatas meja di tengah ruangan. Beberapa meja dan kerusi sudah dipenuhi jemaah yang akan berbuka puasa. Terdapat juga beberapa orang santai saja duduk dilantai di sudut ruangan.


Imam Masjid, Syeikh Muhammad Zidan menjelaskan acara berbuka puasa memang menajdi rutin diadakan selama bulan Ramadan di masjid itu. "Makanan2 disediakan oleh kerajaan Arab Saudi selama sebulan," kata Zidan, yg berasal dari Mesir itu.


Menu yang disediakan hari itu adalah nasi kuning khas Brasil, masakan ayam, sup ayam, salad dan buah tembikai. Ada juga roti yang sudah dipotong-potong, diletakkan di atas piring. "Ayo silakan makan dulu," kata seorang Ali Murtado, pegawai Kedutaan Republik Indonesia yang sering datang untuk berbuka dan sembahyang di masjid itu.



Di antara jemaah dimasjid ini terdengar beberapa tetamu bercakap bahasa Arab, Portugis dan Inggris. – mjr/tribunnews