Maruah Barisan Nasional (BN) ‘diselamatkan’ oleh
seorang ahli biasa Pemuda UMNO yang sanggup menjadi panel bidan terjun
dalam debat anjuran pembangkang di Ampang dekat sini malam tadi.
Zaidel Baharuddin tampil berdepan dengan
Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen
Pandan itu dalamForum 20 Sen Harga Minyak Naikdi Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya itu.
Beliau dari UMNO Gombak itu mewakili Exco
Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam yang tidak dapat hadir kerana tidak
dimaklumkan awal dan kini berada di Kedah.
Sebelum itu, wakil penganjur berkata,
Lokman dijemput mewakili Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini menolak debat kerana berpendapat
forum di Parlimen lebih sesuai.
Wakil Pemuda Gerakan, Tang Keng Liang juga
tidak dapat hadir kerana berpendapat moderator bukan orang yang berkecuali
selain dimaklumkan melalui laman sosial sahaja.
Semasa berhujah di hadapan sebahagian
besar audien penyokong Pakatan Rakyat, Zaidel berpendapat, selain
membebankan, penggantungan kepada subsidi akan membantutkan pengurusan
ekonomi secara jangka panjang.
“Lagi pun, kita kena fikir harga minyak
mentah ini bukan kekal. Mengenai subsidi korporat (yang didakwa tidak dipotong
dan diberi kepada syarikat-syarikat kroni), kita jangan ambil kesimpulan mudah.
“Walaupun peningkatan populasi satu hingga dua peratus tetapi kita kena fikir industri baru yang masuk, kilang dan penambahan pelbagai lagi. Kesemuanya memerlukan subsidi bagi memastikan ekonomi negara baik,” katanya yang akan bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO pada pemilihan parti tidak lama lagi.- –m/gazzette