Gambar nabi Muhammad di Masjid Yellowknife Canada

Thursday, October 14, 2010


YELLOWKNIFE RCMP sedang menyiasat apa yang berlaku terhadap penduduk Islam di bandar itu kerana terdapat satu gambar yg dikatakan menyerupai Nabi Muhammad terletak dalam tempat sembahyang di pusat Islam Yellowknife.

Nur Ali memberitahu CBC News yang dia pergi ke Islamic Centre of Yellowknife untuk membaca doa pada pagi Isnin dan berliau terkejut apabila terpandang sekeping gambar terpaku di bahgaian atas pintu yang digunakan oleh muslimah untuk memasuki bangunan itu.

Ali berkata gambar itu menunjukkan muka seorang lelaki berjanggut memakai serban dan bermata "seperti seorang orang gila." serta tertulis Nama Muhammad, penyebar ajaran Islam, di bawah gambar tersebut.

Gailani Dawoud yg juga sebagai penganut Islam, berkata gambar itu sudah lama ditampal ke pintu itu. Ia nya telah ditanggalkan dan diberikan kepada RCMP untuk analisis dan siasatan.

" Gambar dari itu dari lakaran yg di buat melalui sebuah komputer, bukan lukisan tangan," kata Dawoud lagi.

Agama Islam melarang gambar visual Nabi Muhammad. Bagi sesetengah negara, ia satu kesalahan boleh dihukum bunuh.

Sesetengah orang Islam percaya mana-mana gambar nabi Muhammad sama ada dalam lakaran dan sebagainya adalah satu perbuatan hina dan menjadi satu kesalahan.

YELLOWKNIFE RCMP memberitahu CBC News pada hari Selasa lalu yg mereka sedang menyiasat dan menghubungi pegawai-pegawai bagi menyemak gambar dan bertanya jiran-jiran di sekeliling jika mereka terlihat apa sahaja yang menimbulkan kesangsian.

Pihak Polis tidak dapat mengesahkan nya lagi jika kes ini sedang dikaji sebagai satu jenayah kebencian atau kes perkauman

Sementara itu, ahli-ahli Yellowknife Centre Islam mengatakan mereka bercadang untuk memasang tiga atau empat kamera-kamera CCTV sekitar tempat tempat tersebut selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ali berkata belum pernah berlaku lagi selama hampir empat tahun beliau tinggal dan selalu datang ke Pusat IslamYellowknifeini. Katanya dia percaya insiden bakal dipulaukan dan penduduk-penduduk Yellowknife adalah tempat penerapan nilai nilai Islam kapada para penduduk Muslim yg berdekatan. – matjejakrasul/CBC News