Masjid Sancaklar bawah tanah ilham dari Gua Hira'

Saturday, November 9, 2013

Pembinaan masjid bawah tanah yg pertama didunia telah dibina di Buyukcekmece Istanbul Turki, masjid ini juga memenangi tempat pertama pertadingan “arkitek bangunan2 agama”  sedunia.

Masjid Sancaklar ini diilhamkan dari Gua Hira’ tempat Nabi Mukammad menerima wahyu pertama nya serta penggabungan intipati Islam dan Uthmaniyyah rekabentuk dengan kemodenan kata Mufti Buyukcekmece, Mehmet Narin kepada Buletin Dunia Isnin, 4 November lalu. Masjid ini dibina tujuh meter di bawah permukaan, diketuai oleh arkitek Turki, Emre Arolat.Sila klik tajuk

Masjid Sancaklar ini yang terletak di 1200 meter persegi dan 7 meter di bawah tanah dan mempunyai gua dewan ibadat bawah tanah dipenuhi dengan penghormatan rohani khas, Ia telah dibina sejak Mei 2011 dan dijadual akan dirasmikan tidak lama lagi, sambung Mehmet Narin lagi kepada pemberita.

Bangunan berpadu sepenuhnya dengan topografi dan dunia luar yang bergerak melalui landskap, menuruni bukit dan di antara dinding untuk memasuki masjid. Bahagian dalam masjid, umpama gua ini yang lapang dgn ruang yg ada, menjadi tempat inspirasi dramatik dan kagum untuk berdoa dan bersendirian dengan Tuhan.

Masjid ini juga dapat menampung 650 jemaah sesatu masa dan membantu mengurangkan kesesakan masjid2 berdekatan, sebagai masjid yg berkedudukan dibawah tanah, ia tidak dibina menara seperti kebiasaan. Turki mempunyaan penduduk Islam lebihkurang 99% dan mejoritinya adalah dari fahaman Sunni.