Sekumpulan petugas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tergamam kira-kira 20 minit apabila seorang penduduk yang juga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini, ‘naik angin’ di khemah operasi petugas MPAJ.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, lelaki itu dikatakan marah dengan layanan diberikan petugas MPAJ dalam membantunya berpindah dari kediamannya di pangsapuri Oakleaf Park, di sini.
Tumiran Kasdi, 56, yang menghidap sakit jantung di katakan ‘menyerang’ kira-kira 10 petugas MPAJ sebelum menghamburkan pelbagai kata-kata pedas mendakwa tidak diberikan bantuan sewajarnya.
Lebih memanaskan keadaan apabila lelaki terbabit menjerit sambil memberitahu dia turut membayar cukai taksiran setiap tahun kepada MPAJ, namun tidak menerima layanan baik ketika cuba untuk berpindah.
Insiden yang turut disaksikan berpuluh petugas penyelamat dan wakil media itu tercetus apabila dia cuba meluahkan semua perasaannya kepada kakitangan MPAJ bertugas.
Namun, lelaki berkenaan akhirnya ditenteramkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang berada di lokasi kejadian.
Sejurus kejadian itu, Tumiran memberitahu tindakan penuh emosinya berpunca kerana dia tidak dibantu ketika dirinya sibuk memindahkan barang dari rumahnya petang kelmarin. - metro
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Petugas MPAJ di'serang', Azmin Ali tenteramkan..
Wednesday, December 10, 2008Posted by Unknown at 8:42:00 AM