Pemuda Umno sukar dibendung

Friday, February 27, 2009

Satu lagi peristiwa yang memalukan dek kelakuan tidak senonoh kelolaan Pemuda Umno yang berlaku di parlimen kelmarin. Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh berkata, tahap keselamatan di Parlimen akan diperketatkan berikutan insiden pergaduhan semalam. Tambah nya , insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.

Image Hosted by UploadHouse.com


Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin bersama 13 orang pemuda Umno yang lain telah menghampiri ahli Parlimen Bukit Gelugor , Karpal Sigh yang baru saja tiba ke parlimen lebih kurang pukul 3 petang. Kumpulan jagoan itu bertemu Karpal dan meminta ahli parlimen itu mengakui ada menyebut “Pemuda Umno celaka" dan meminta beliau memohon maaf kepada mereka.

Dua orang ahli parlimen PR ia itu Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun dating dan cuba defend rakannya itu dan mentemteramkan keadaan tetapi gagal malah menambahkan kekecohan lagi apabila Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin menarik baju Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng.

Apa yang mendukacitakan, masa yang diambil pihak berkuasa untuk menyuraikan pergaduhan itu adalah terlalu lama, lebihkurang setengah jam barulah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Tiong King Sing dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan dan meminta mereka yang berbabit bersurai.

Malah Karpal Sigh dalam keyataannya merasa begitu kesal dengan keengganan pegawai polis datang menyelesaikan peristiwa itu setelah beliau sendiri memanggil nya beberapa kali. Anggota keselamatan kita sememangnya sudah ‘terkenal’ di peringkat antarabangsa dengan kecekapan nya tetapi kurang memberi kerjasama bila berlaku ‘kesah’ sedemikian. Anggota anggota yang diperlengkapkan berbagai slogan itu (bersih cekap & amanah, anti rasuah dsb nya) se olaholah mengamalkan double standard apabila berkaitan dengan ahli ahli politik pembangkang. Bolehkah di anggap ‘seolah olah’? atau sememangnya di ‘olah’?

Kenapa parlimen kita boleh berlaku insiden insiden begitu, sedangkan tempat itu penuh dengan pelbagai peraturan, nak masuk kena ambil pas, pengawal keselamatan ramai, anggota polis pun ramai cuma squad water canon yg belum ditempatkan lagi.

Beginilah kalau para pemuda kita apabila diasuh dan dididik dengan ‘hunusan keris Melayu’ saban tahun di parilmen, sedikit sebanyak ‘aura’ luk luk keris itu terpercik keluar juga,.. hidup Melayu!

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP pula menyifatkan apa yang berlaku hari ini sebagai satu perkara yang memalukan dan tidak pernah terjadi dalam sejarah Parlimen di negara ini.

- ref mStar/matjejakrasul

READ MORE - Pemuda Umno sukar dibendung

Dua ADUN Perak dakwa ditawar RM20 juta

Thursday, February 26, 2009

Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar wang sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Image Hosted by UploadHouse.com

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di sini ialah Adun Malim Nawar Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

Kerajaan pakatan pembangkang Perak tumbang awal bulan ini selepas BN menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mereka mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.

Tawaran jawatan Anggota Exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang agen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang agen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A. Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong). BERNAMA
READ MORE - Dua ADUN Perak dakwa ditawar RM20 juta

"Dibasuh di kicah kicah di telan jua" - Ibrahim Ali

Tuesday, February 24, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Seorang lagi politikus negara ini yang sering mengucarkan suasana politik tanah air, malah kebelakangan ini lonjakan nama nya terus memberi perhatian kepada pemerhati politik mahu pun para pemimpin kerajaan dan pembangkang.

Siapa tidak kenal dengan pelbagai perbuatan nya yang seringkali melewati batasan susila keadaan normal mutlak. Mungkin masih ramai yang tak dapat melupakan peristiwa perarakan burung petalawati suatu ketika dahulu di negara ini, khusus nya di Kelantan.
Ianya turut mengaitkan istana dan melanggar hukum syara’ kerana mengagong agongkan sebuah patong berbentuk burung.




Orang orang di Kelantan lebih mengetahui peristiwa majlis perasmian jambatan Tendung beberapa tahun dahulu, yang telah dicemari oleh larian pelajar pelajar terpilih di atas arahan orang politik ini. Para pelajar itu memakai t-shirt ‘adi jagat’ yang bertemakan ‘bernafas dalam lumpur’. Inilah dia Ibrahim Ali ahli parlimen Pasir Mas yang bertanding atas tiket Bebas yang menggunakan lambang Pas.

Baru baru ini beliau telah membahaskan titah diraja di parlimen, sehingga menghempas songkok nya kerana perbahasan nya diminta laluan oleh beberapa anggota pembangkang, dan beliau terus menyindir anggota pembangkang yang bersifat hipokrit kata nya, apabila pembangkang berkuasa, tetapi tak mahu melaksanakan apa yang diperjuang selama ini.

TGNA juga menyarankan agar Ibrahim Ali meletakan jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas gara gara beliau terus mengkritik pembangkang secara lantang termasuk persiden PKR Dato’Seri Anwar Ibrahim sendiri. Ibrahim Ali membidas balik kenyataan TGNA dan berkata Tok Guru Nik Aziz tak perlu bercakap besar, dan tambahnya PAS pernah hanya dengan kelebihan satu kerusi sahaja di Kelantan, dan beliaulah yg banyak membantu menarik penyokong UMNO untuk mengundi Pas.

Sebenar nya cukup banyak sejarah beliau dalam politik ini, beliau cukup bermasaalah apabila berada dalan satu satu badan politk. dalam Umno bermasaalah serta telah digantung se umur hidup. Semasa dalam Berjasa (yang dikatakan sebuah parti serpihan Pas) juga bermasaalah dan lompat keluar, menyertai semula Umno dan apabila berlaku krisis Umno pada 1987 lalu, beliau turut bersama Ku Li, Rais Yatim dan ramai lagi mula berpecah dari Umno dan menubuhkan Semangat 46 atau lompat keluar semula dari Umno. Apabila Semangat 46 berkubur, beliau masuk balik ke dalam Umno dan kekal sebagai ketua bahagian sehinggalah dia di pecat dan gantung dari Umno se umur hidup. Kini beliau menjadi anggota bebas. Siapakah yang bermasaalah? Badan politik atau orang politik ini yang menghadapi masaalah.

Parti Umno, Berjasa, Semangat 46, Pas mahu pun PKR kesemuanya adalah tidak bersesuaian dengan ahli parlimen ini dan beliau bergembira katanya bila berada dalam „Bebas“ boleh mengkritik siapa saja.

Semalam 23/02/09 bersuaralah si-majikan lama nya itu, United Malay National Organisation bahagian Kelantan. Ketua penerangan Umno Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad berkata „Umno Kelantan sedia menerima Datuk Ibrahim Ali sekiranya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu kembali kepada parti itu, "Bagi kita, kita terima sesiapa sahaja," kata Alwi ketika ditemui pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum Ke-11, Mei 2004, tetapi tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Dalam ertikata lain „dibasuh di kicah dan di telan jua“ apabila sokongan mula merosot buatlah apa saja untuk menggembalikan kegemilangan lama. Tak kiralah yang di pecat atau gantung se umur hidup sekali pun. Soal rekod baik tak baik belakang kira, janji kuasa tidak terhakis. Kuasa melayu yang terhakis ke kuasa siapa yang terhakis?

- suntingan matjejakrasul

READ MORE - "Dibasuh di kicah kicah di telan jua" - Ibrahim Ali

Asal ada kes, luar negerilah yang menjadi mangsa

Friday, February 20, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com
Dikatakan 4 wheel drive inilah yang sering digunakan teman lelaki Elizbeth

Elizbeth Wong tetap berhasrat untuk melepaskan jawatan exco nya sejajar dengan perletakan jawatan Adun Bukit Lanjan yang membawa kepada pilihanraya kecil nanti. Beliau terus melahirkan kekecewaan nya berikutan kontraversi penyebaran gambar2 ketika beliau tidur dirumahnya, Petaling Jaya.



Dalam faks nya kepada media semalam, beliau mengucapkan terimakasih kepada pucuk pimpinan parti dan beliau kini berlepas ke luar negeri. Tidak pula dinyatakan ke negeri mana, tetapi percutiaan beliau itu di jangkakan ke negera negara Asia juga. Mengapa Eli beriya iya benar untuk melepaskan jawatan? Kalau gambar beliau itu dirakam ketika sedang tidur atau tanpa disedari, buat apa perlu bimbang? dan kenapa pula teman lelaki yang disyaki itu, menghilangkan diri ke luar negara?

Banyak juga timbul pelbagai persoalan sekarang. TGNA turut membuat ulasannya dan Tun Mahathir juga berkata yang kes Elizbeth ini adalah berbau politik. “Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.

Kejadian kejadian “terlampau” ini sememangnya mempunyai motif “hardcore” bagi pihak pihak tertentu, sama ada untuk proses perniagaan, untuk menjatuhkan reputasi ahli ahli politik, untuk menghukum atau pun ‘merampas’ pemerintahan kelompok tertentu. Sudah terlalu banyak gambaran yang ada. Kita masih tidak lupa apa itu kes pelakun Wan Norazlin, siapa sudah melupai kes menteri kesihatan Chua Soi Lek? Itu belum lagi di perincikan kes kes yang lain, Mohammad Taib, Rahim Tambi Chik atau pun kes Jamaludin Jarjis yang terkenal dengan peristiwa raba raba.

Asal berlaku kes kes begitu “luar negeri” lah menjadi mangsa untuk pergi bercuti menenangkan fikiran. Kalau dalam negeri tidak boleh menenangkan fikaran kenapa pula habis bercuti kembali semula ke nagara ini, bermakna fikiran sudah menjadi tenang..
negara kita sendiri tak kurang juga tempat tempat yang membuat "jiwa" menjadi tenang, atau dalam ertikata yang lain "makanlah buah buahan tempatan".

Wan Norazlin dikatakan menghilang ke luar negeri dan kembali semula ke negara ini. Begitu juga dengan kes reformasi 98, Rahim Ghous berlepas ke Indonesia dan Ezam Mohd Nor juga ke Indonesia dalam kes ‘lompatan’ nya. Tak kurang juga dengan Jamalaudin Jarjis dalam kes raba raba sehinggakan pihak polis ternanti nanti kepulangan nya untuk mengambil keterangan dan senyap begitu saja. Sebenar nya banyak lagi fail fail yang serupa, tak perlulah nak diceritakan disini, terutama dalam bab politik dan sosial. Negara kita sudah maju..

Sama samalah kita tunggu apa kesah setelah habis percutian itu nanti.

- Rompin 09

READ MORE - Asal ada kes, luar negerilah yang menjadi mangsa

Inikah teman lelaki Elizbeth Wong?

Thursday, February 19, 2009

Gara gara penyebaran beberapa keping gambar Adun Bukit Lanjan Selangor, Ketua Polis Selangor Dato'Khalid Abu Bakar berkata beliau telah menerima dua keping gambar tersebut dari wartawan Malay Mail, dalam bentuk cakrapadat. Lelaki melayu teman kapada Elizbeth Wong itu telah dikenal pasti dan dikatakan kini berada diluar negeri.



Image Hosted by UploadHouse.com
Hilmi yang bakal memberi keterangan

Laman blog adun Bukit Lanjan itu turut menceritakan teman nya itu seorang penyabar dan banyak membantu nya dalam hal ini. Mungkinkah lelaki misteri ini yang dimaksudkan itu? diperingkat awal ianya masih lagi menjadi tanda tanya akan kesahihan nya. Walau bagaimana pun tiada sebarang pihak yang dapat mengesahkan nya.

Dikatakan lelaki ini bernama Hilmi dan pihak berkuasa masih lagi membuat siasatan.
-refU/M

READ MORE - Inikah teman lelaki Elizbeth Wong?

Maksiat di Center Point Kemaman di anak tirikan

Tuesday, February 17, 2009

Daerah Kemaman terus berkembang walaupun tidak serancak mana dengan iklim ekonomi yang mula 'mencurigakan', selaras dengan itu penyakit sosial terus menular dan membangun dengan baik. Beberapa pusat pembelian mula tumbuh dan yang terbaru ini 'Mesra-Mall' di Kerteh Kemaman merupakan yang terbesar di daerah ini.

Image Hosted by UploadHouse.com
bahagian belakang Center Point Kemaman



Pejabat pejabat Kerajaan juga bertambah, sesuai dengan pembangunan daerah ini. Begitu juga dengan pejabat Agama yang tersegam indah berhampiran dengan sekolah Agama Al Falah. Amat mendukacitakan keindahan bangunan pejabat itu tidak setimpal dengan apa yang terhasil. Ikutilah perkembangan ini.

Baru baru ini, lebihkurang seminggu lalu harian Metro ada melapurkan masaalah sosial yg berlaku di beberapa lot kedai terbiar ditingkat tiga bangunan berkenaan. Mengapa pula pihak Metro tak menyatakan di bangunan mana? atau pun nak mencoverkan beberapa jabatan yang bertanggung jawab dalam hal itu? Dimana pejabat agama? dimana balai pois? dimana MPK? dan apa kata 'rakan muda'?

Image Hosted by UploadHouse.com

Kemaman Center Point, itulah pusat nya yang sudah sekian lama beroperasi tetapi ada pihak yang menutup mata dan memekakan teliga dengan gejala gejala yang berlaku ditingkat tiga. Belum lagi diambil kira di tingkat empat, dilorong lorong atau bawah tangga yang banyak tingkat itu. Laluan orang ramai hanya tertumpu ditangga elektrik @ oscilator sahaja. Beberapa akhbar online turut menceritakan kesah ini termasuk buletin online yang turut menyatakan, apabila dihubungi pejabat agama, jawapan nya pegawai yg terlibat bercuti dan apabila di hubungi sekali lagi, mula menjawab kakitangan tidak mnecukupi. Inilah jawapan yang agak mendukacitakan.

Metro pula melapurkan "Sementara itu, Pengerusi Kelab Rakan Muda Kemaman (KRMK), Mohd Izham Ahmad, berkata dia sudah meninjau kawasan dimaksudkan itu dan memang ada segelintir remaja bermasalah menjadikan kedai terbiar di pusat beli-belah terbabit sebagai tempat melakukan maksiat dan minum arak.

“Saya sudah membincangkan masalah ini dalam mesyuarat KRMK dan akan membawa masalah itu ke Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai bagi membendung masalah berkenaan.

“Gejala sosial di kalangan remaja semakin teruk dan perlu dipantau dari masa ke semasa, dalam masa terdekat KRMK akan menganjurkan program bagi membawa pelajar bermasalah mengikuti aktiviti dianjurkan KRMK ,” katanya ketika dihubungi, semalam'

Katanya dari masa kesemasa akan di pantau, dah lebih 10 tahun Center point itu wujud, tapi tetap dari masa ke semasa. Sebagai pengetahuan semua, terdapat pondok/counter Polis di aras bawah bangunan itu yang saya katakan 'yang wujud hanya pondok' dan di aras tiga itu sendiri tempat 'penzinaan' terdapat pejabat JOVA Corporation iaitu satu syarikat penyelenggaraan bangunan Center Point itu. Serta di aras bawah belakang Sipermarket The Store juga terdapat pejabat pengawal keselamatan.
Tetapi apa yang berlaku?

Saya secara 'senyap senyap' telah mengunjungi 'dermaga' tersebut tetapi tak kebetulan terserempak dengan mangsa nya. Cuma berkesempatan merakamkan beberapa 'lokasi' bekas tempat bercekerama kalian itu. Terdapat juga beberapa helai kain dan botol botol arak serta kertas kertas surat khabar yang dijadikan carpet. Masaalah minuman keras dan perzinaan sudah begitu lama berleluasa disini selari dengan wujud nya pusat2 karaokey dan tempat2 snooker ditingkat yang sama. Wujudnya pusat hiburan tersebut setelah peralihan kuasa kerajaan negeri dari tangan PAS pada tahun 2004 lalu... dan menjadi semakin parah dengan tanpa sekatan. Orang ramai yg melintasi 'bilik operasi itu' pula yang terasa malu.

Image Hosted by UploadHouse.com

Difahamkan anggota pengawal keselamatan sudah lali dengan hal ini dan pernah beberapa kali mengambil tindakan tetapi kurang diberi perhatian oleh pihak berkuasa yg lain atau pun kurang kerjasama dari mereka. Apa cerita dengan MPK, pasukan Polis, JOVA syarikat pengurusan bangunan mahupun dari jabatan agama sendiri.

Image Hosted by UploadHouse.com
gambar ini di snap dalam keadaan 'takut takut', hasilnya pun takut juga

Dimata umum cukup cantik, "kita harap masyarakat semua dapat beri kerjasama"..tapi bila kerjasama diberi? o.. oo.. kita tak dapat bersama, kita ada tugas lain dan kita kekurangan kakitangan.

READ MORE - Maksiat di Center Point Kemaman di anak tirikan

SEJARAH HARI VALENTINE

Saturday, February 14, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

1)Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.



Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.


Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.


Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.


2) Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


i) Versi pertama.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.


Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


3) Pendapat ketiga.

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

- suntingan B/online

READ MORE - SEJARAH HARI VALENTINE

Se orang pemimpin yang bertanggung jawab

Friday, February 13, 2009

Image hosting by IMZers

Sememangnya tugas tugas pemimpin adalah berat dan dipenuhi pelbagai cabaran. Tanggung jawab ini hendaklah dilalui dengan baik dan tabah, itulah fenomena seoarang pemimpin. Satu satu nya penghargaan kepada rakyat yang telah memilih calunnya yang layak dipersada kehidupan kita dibumi ini, khas nya Malaysia ku yang tercinta ini.



Di suasana detik mutakhir ini, maka berundurlah se orang lagi bekas MB Perak dan di nobatkan pula seorang lagi menteri besar yang baru. Diwaktu waktu terdekat ketiga tiga mereka yang terlibat itu, terseret ke kancah pergelutan politik setempat yang penuh pelbagai andaian dan kontraversi.

Tajol Rosli tersungkur dalam pilihanraya lalu ditumpaskan Ir.Nizar dari pakatan rakyat. Walaubagaimana pun itu adalah satu kemelut biasa dalam percaturan ini. Ekuran beberapa bulan kemudian, bekas MB Perak Ir.Nizar pula mengalami nasib yang sama, namun demikian ianya tak serupa dalam ertikata konvensional apa yang beliau hadapi. Sebelum beliau mengambil ketetapan untuk berundur dalam jangka masa 10 hari, negeri Perak diselubungi 'pergolakan' tak menentu. FRU memainkan peranan utama mengotakan setiap arahan dari 'belakang tabir'. Harakah dan berita Keadilan dirampas, ceramah pembangkang diharamkan dan orang ramai yg berkumpul ditangkap.

Bermulalah pentadbiran baru yang diketuai Datuk Zambri Ab.Kadir sebagai menteri besar.Baru baru ini beliau telah melantik 3 orang sebagai penasihat kepada menteri besar dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat empat mereka ini bertaraf exco.

Yang menjadi persolannya, setelah beliau membuat pengumuman barisan exco nya kelmarin, mengapa pula beliau sendiri memegang sehingga lapan portfolio? jika sekiranya Datuk Zambri berkebolehan sekali pun, bukan begini cara nya. Seolah olah anggota yang lain tidak berkemampuan. Bukanlah hendak mengatakan yg beliau itu sebagai gila kuasa, malah orang yang gila kuasa sekali pun takkan mengatakan yg dirinya itu gila kuasa, tetapi sekarang sudah mula timbul pelbagai desas desus di kalangan orang orang politik.

Kita berkeja dalam satu kumpulan, apalah salahnya membahagi bahagi tugas itu kepada team kita? mana larat kita nak membolot banyak tugas tugas lain. Kalau dah lapan portfolio kita nak buat sorang sorang, cepatlah kita menjadi MB topten. Dalam hal yang sama pula ketua menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng turut bersuara "keadaan itu juga boleh memberi gambaran tidak sihat kepada pelabur luar apabila mendapati kurang kumpulan cerdik pandai untuk mentadbir sesebuah negeri menyebabkan banyak bidang perlu diterajui sendiri oleh Menteri Besar".

Maka inilah gambaran pemimpin kita, semacam negeri Perak sudah ketandusan pemimpin pemimpin berkaliber.Orang orang 'luar' akan tetap memerhatikan pekara ini, dan itulah Malaysia negeri ku.

- refs/harian

READ MORE - Se orang pemimpin yang bertanggung jawab

MTD, JKKK & wakil Istana beri kerjasama pada sahabat ini

Tuesday, February 10, 2009

Kampong Chendur Pahang dan Kampong Geliga Kemaman adalah persempadanan antara negeri Pahang dan Terengganu, Kg.Chendur dibawah DUN Beserah manakala Kg.Geliga pula dibawah DUN Chukai. Pada 28hb januari lalu sebuah rumah pasangan aktivis, En.Rahmat bersama isterinya Aslina telah terbakar hangus. Semasa kejadian hanya anak nya seorang yang berada dirumah dan tanpa menyedari api mula marak dari sebuah bilik yang lain. Kedua ibubapa nya tiada dirumah kerana ke pekan Chukai membeli peralatan sekolah, lebihkurang jam 4.30 petang.

Image Hosted by UploadHouse.com
En.Rahmat



Rumah tersebut berada di kg.Kubang Ikan Chendur didalam DUN Beserah dan kedua pasangan itu bergiat aktif sebagai aktivis PAS di DUN Chukai. Isterinya Puan Aslina bertugas sebagai pengajar di Madrasah Darul Taqwa Kemaman dan En.Rahmat sebagai pengawal di Pelabuhan Kemaman, semalam 8hb febuari satu gotong royong membina semula rumah En.Rahmat telah di inisiatifkan oleh sukarelawan PAS dari DUN Chukai dan para sukarelawan dari DUN Beserah.

Agak ramai yang datang membantu, lebihkurang 150 orang termasuk pegawai JKM Daerah Kuantan, JKKK Kg.Kubang Ikan Chendur dan pengerusi MTD Chukai, En.Hanafiah Mat sama sama menyising lengan baju di majlis gotongroyong itu. En.Rahmat yang ditemui, berkata hari ini sangat gembira kerana dapat mendirikan semula sebuah rumah baru menggantikan rumah lama nya yang ranap dengan begitu cepat, lebihkurang dua minggu dan beliau menambah turut mengucapkan berbanyak terimakasih kepada dana yg disumbangkan sebanyak 28,000 ringgit dari rakan dan orang2 yang tak dikenali nya.

Isteri nya Puan Aslina turut mengucapkan terimakasih kepada Tengku Iskandar yang mewakili istana Pahang yang memberi sumbangan sebanyak 8,000 ringgit, manakala En. Sulaiman Mohd Saad pegawai JKM Kuantan berkata, kedatangan nya adalah untuk khidmad nasihat dari jabatan nya dan pengerusi JKKK Hj.Husin Osman mengucapkan terimakasih kepada sukarelawan PAS dari Chukai dan Beserah yang datang membantu anak qariah nya di kg.Kubang Ikan itu.

Image Hosted by UploadHouse.com
Dari kiri: Hj.Husen JKKK, Hanafiah MTD Chukai dan pegawai Khidmat Masyarakat Beserah

Sahabat saya ini adalah seorang yang sederhana, sesekali terfikir juga dengan kemalangan itu, yang begitu cepat beliau menerima bantuan dari beberapa penjuru dan disini PAS, UMNO, JKM dan pihak Istana turut memberi kerjasama yang baik.

- em-Jr/ref.buletin online

READ MORE - MTD, JKKK & wakil Istana beri kerjasama pada sahabat ini

Syukur.. pemimpin kita tak dapat kasut

Friday, February 6, 2009

Pendekatan budaya ini mula memainkan peranan sejak kebelakangan ini. Ianya mula menular dan semakin menjadi jadi. Walau pun pekara ini bukanlah satu perbuatan yang pelik dan ianya mudah berlaku apabila terjadinya pertengkaran dan sebagainya, tetapi hal ini begitu mendapat perhatian sekira nya berlaku kepada kepada para celiberiti atau tokoh tokoh politik, khas nya.

Image Hosted by UploadHouse.com
gambar hiasan



Lemparan sepatu ke atas bekas presiden Amerita, George Bush ketika membuat ucapan di Iraq sudah cukup bagi menarik perhatian masyarakat dari seluruh dunia. Itulah pemimpin politik yang penuh kontraversi dan tak lekang dari kutukan demi kutukan dari pelbagai peringkat seluruh dunia. Ucapan beliau dihari hari terakhir sebagai presiden Amerika. Wartawan Iraq dengan berani mengambil risiko dengan membalingkan kasut nya ke arah presiden itu yang terkenal dengan keceluparan mulut nya dan berhati busuk menindas rakyat Iraq dan menekan pelbagai negara yang dibenci nya.

Walaupun wartawan itu ditahan dan dihadap kemuka pengadilan, tetapi beliau menerima sanjungan ramai dengan keberaniannya itu, malah beberapa orang dari bangsa Arab telah memberi tawaran anak gadis mereka untuk dijodohkan.

Kelmarin seorang lagi tokoh politik, Presiden China Wen Jiabao telah menerima nasib yang sama dengan bekas rakan sejawat nya presiden Bush, balingan yang serupa ditujukan kepada nya ketika beliau berucap di University Cambridge. Peristiwa itu dilakukan oleh seorang lelaki Inggeris. Dalam kejadian di Universiti Cambridge itu, lelaki tersebut menghina Jiabao dengan berkata; "Dia adalah diktator. Bagaimanakah anda semua boleh mendengar penipuan yang dikatakannya?" dalam kejadian itu balingan kasut itu tidak mengenai sasaran nya dan beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Tokoh2 politik tidak dapat elak dari kebencian orang ramai, begitu juga dengan tokoh tokoh tempatan kita.

Dengan jarak masa yang terlalu hampir antara beberapa kejadian balingan objek itu, maka terjadi pula kepada duta Israel yang bertugas di Sweden. Ketiga tiga insiden ini mempunyai mirip yang hampir serupa, kesemuanya 'mangsa' yang disasarkan adalah ketika sedang membuat ucapan. Benny Dagan duta tersebut menjadi sasaran peserta seminar tempat beliau berucap di universiti Stockholm, Ylva Kornhelffer membaling kasut itu terkena dada duta Israel itu, yang sedang berucap mengenai piliharaya di Israel.Peristiwa itu juga diikuti dengan balingan dua buku ke arahnya oleh peserta lain, tetapi gagal menepati sasaran.

Kesemua kes diatas itu melibatkan pemimpin politik yang sering mengamalkan dasar 'tidak berperikemanusiaaan' yang boleh disifatkan sebagai 'bertaraf tinggi. kita semua dinegara Malaysia tercinta ini, begitu berharap semoga tidak berlaku nya peristiwa yang sama sepertimana yamg dialami kalian itu.

Mutakhir ini apa yang berlaku dinegara kita, khusus nya di negeri Perak sudah cukup memualkan dari pandangan ramai, seorang dua tokoh ternama negara kita seolah olah menjiwai perangai tokoh tokoh dunia tadi. Namun begitu kita tetap bersyukur kerana budaya 'lontaran kasut' tidak berlaku dinegara kita ini dan semangat begini haruslah di pertahankan. Begitu jualah dengan perlakuan pemimpin itu sendiri, biarlah beradap dalam mewarnai corak corak peralihan kuasa. Negara kita berpelembagaan dan mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan, janganlah sistem itu pula yang kita tongkah. Dengan itu tidak mustahil layangan kasut akan berlaku apabila 'tiketnya sudah ditempah'.

em-Jr/ref:mStar/s/harian

READ MORE - Syukur.. pemimpin kita tak dapat kasut

Bapa tersungkur di tampar JKKK Kemaman

Monday, February 2, 2009

Pelbagai berita yang tidak sedap didengar telah dipaparkan sebelum ini berkaitan dengan entiti kerajaan negeri Terengganu peringkat paling bawah, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Image Hosted by UploadHouse.com

Minggu lalu Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said mengesahkan akan mengambil tindakan terhadap JKKK walaupun banyak yang telah diperkatakan dan ramai yang membuat laporan tentang penyewengan yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan tersebut.



Sebelum ini kita sering mendengar Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung tidak mahu menandatangani sebarang dokumen atau borang kerana melabel seseorang anak qaryah sebagai penyokong pembangkang.

Namun lain ceritanya di daerah ini, seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menyelia tiga kampung di daerah ini bukan sahaja tidak menurunkan tandatangan malah menggunakan tangannya itu untuk menampar seorang lelaki yang datang ke rumahnya. (Gambar - salinan laporan polis yang dibuat)


Lelaki yang datang untuk meminta tandatangan pengerusi JKKK tersebut malu dan sedih kerana beliau telah ditampar di hadapan kedua-dua anaknya yang berusia empat dan lima tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak lelaki itu menangis melihat bapa mereka diperlakukan sedemikian.

Mat Zaid Tahar, 31, berkata dia kecewa dengan sikap Pengerusi JKKK yang menyelia tiga kampung berkenaan dan menyifatkan tindakan kakitangan kerajaan negeri itu sebagai menunjuk kuasa untuk mengaib dan menjatuhkan maruah orang kampung yang tidak berdaya.

Menurut Laman MyMetro, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam Rabu lalu selepas dia bertandang ke rumah lelaki berusia 60-an terbabit untuk memintanya menandatangani borang permohonan bantuan program aktiviti ekonomi tambahan Risda bapanya.

Apabila tiba di rumah Pengerusi JKKK berkenaan katanya, dia memberi salam dan naik ke rumah pemimpin masyarakat itu sambil memberitahu tujuan berkunjung.

“Sebaik saja memberitahu hajat kunjungan itu, lelaki terbabit terus memberitahu dia enggan menurunkan tandatangan dan saya menyangka ia satu gurauan.

“Saya sekali lagi memberitahunya dan meminta tolong, tetapi dia terus berkata dalam nada keras lalu menghayunkan tangannya ke pipi kiri dengan kuat menyebabkan saya terjatuh,” katanya.

Ekoran kejadian itu, dia tersungkur di hadapan dua anak lelaki berusia empat dan lima tahun.

Dia yang kecewa dengan kejadian itu membuat laporan polis kira-kira jam 10.30 malam pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Sani Salat mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu kejadian disiasat mengikut seksyen 323 kerana sengaja mendatangkan cedera.

“Siasatan kes sedang dijalankan dan keterangan kedua-dua pihak dikumpulkan untuk membantu siasatan,” katanya.
- by JoeBlogawan/Buletinonline

READ MORE - Bapa tersungkur di tampar JKKK Kemaman

Pening juga MB Perak memikirkan

Timbullah pelbagai kesah kebelakangan ini, selang satu hari mahupun setengah hari penampilan kesah nya mula merubah rubah. Tak kira sumber nya sama ada berita utama elektronik ataupun didada dada akhbar arus perdana, mahu pun dilaman laman blog yang ada.

Cerita 'kehilangan 4 hari' dua adun Perak mula menambahkan panasnya suasana keadaan poltik tanah air yang sebelum ini penuh dengan tandatanya, khas nya dinegeri Perak. Berturutan dengan penyeberangan adun Bota Datu'Nasharudin Hashim ke Pakatan Rakyat dan dengan pengakuan bekas MB Perak Tajol Rosli, yang mengaku kelemahannya 'mentadbir' BN Perak membuatkan adun Bota beralih arah.



Lantas secara spontan beliau mengambil ketetapan melepaskan jawatan nya sebagai peneraju BN dinegeri itu dan dilapuran Utusan Malysia hari ini 2 febuari, yang beliau bakal mengadap sultan Perak, dalam waktu terdekat. Peristiwa 'kehilangan 4 hari' dua adun yang mewakili Adun Changkat Jering dan Adun Behrang yang kedua duanya dari PKR mula menambahkan kekusutan fenomena politik di Perak.

Image Hosted by UploadHouse.com
Dua Adun Changkat Jering & Behrang

Pelbagai lapuran memainkan peranan nya, antara sumber yang dikupas ini adalah dipetik dari rangkaian sumber sumber yang berpengaruh, media elektronik kita, akhbar utama mahu pun laman laman webblog yg disegani. Salah seorang adun yang hilang itu berkata, yg beliau tidak hilang, hanya mengambil cutisakit. "Surat cuti sakit ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang," katanya yang dipetik dari mStar online. Tetapi mengapa pula ianya tidak dapat dihubungi? apabila ditanya lebih lanjut beliau tidak mahu menjawab pula. Ada pula dikatakan mereka ini di 'culik' dan dibawa ke Pekan untuk bertemu TPM kita Datu' Najib.

Hari ini kedua dua adun itu telah meletak jawatan masing masing,namun Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar bahawa mereka telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta hari ini. Beberapa jam sebelum itu V.Sivakumar memberitahu sidang akhbar yang mereka itu telah meletak jawatan. Disinilah membuat orang ramai turut pening kepala memikirkan keadaan sebenar.

Harakah juga melapurkan, pilihan raya kecil dalam masa 60 hari dikedua dua kawasan itu, Behrang dan Changkat Jering, ini dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang semalam kepada mstar online dan kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya. Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok.

Kekusutan keadaan semakin memeningkan, itu pun belum lagi disentuh perihal timbalan speaker undangan negeri Perak, ia itu adun Jelapang yg dikatakan ada desas desus akan menyertai BN, walau bagaimana pun hal ini dinafikan oleh pengerusi DAP Perak sendiri, Datuk Ngeh Koo Ham.

Dalam perkembangan lain pihak SPR turut menyatakan, Tindakan meletakkan jawatan (sebagai Ahli Parlimend dan ADUN) ada implikasinya di mana wakil (rakyat) yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding semula," kata beliau sambil merujuk kepada Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peruntukan undang-undang adalah jelas di mana mana-mana anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan egeri (DUN) yang dengan sendiri meletakkan kerusi masing-masing akan hilang kelayakan untuk bertanding semula sepanjang tempoh lima tahun.

- ref/mStar/dll

READ MORE - Pening juga MB Perak memikirkan