Polis Mesir pula berdemonstrasi

Saturday, October 29, 2011


Para anggota polis Mesir mengatakan yg mereka kan terus melancarkan mogok mereka walaupun mendapat tentangan dari Jabatannya lapur berita IRNA. Pihak Jabatan tidak menyokong kerana tindakan itu tidak professional dan menolak kepentingan umum.

Anggota Polis Mesir menyatakan Gaji mereka hanya antara 400-600 pound Mesir, dan sejak isnin lalu (24/10) mereka menuntut kenaikan gaji, pemulihan sistem pekerjaan, kenaikan pangkat berdasarkan keadilan, masaalah rawatan kesihatan yang memadai serta mengatasi konsep agihan waktu tugas.

Dalam perkembangan berkaitan, Sebenarnya, tuntutan utama mereka adalah supaya Menteri Dalam Negeri Mesir, Mansour el-Essawi yang telah dilantik pada march lalu meletak jawatan.

Sementara itu, kerajaan Majlis Tempatan Kaherah terus berusaha untuk menghentikan tindakan mogok pasukan polis negara itu. Namun para polis jterus mengancam, jika tuntutan mereka tidak dipenuhi maka mereka tidak akan untuk mengawal piliharaya umum parlimen Mesir nanti. - editor megasuria /irib