My Blog List
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
About Me
- Unknown
Label
Komen Najib terhadap Ku Li kelmarin
Saturday, January 30, 2010Posted by Unknown at 10:11:00 PM
Pengebom Gereja tidak bermaya, mengapa?
Ketiga tiga si-pembakar Gereja telah pun dihadapkan ke mahkamah dan Hakim SM Komathy Suppiah telah menetapkan tarikh 12 Mac untuk sebutan bagi mereka melantikkan peguam nya.
Posted by Unknown at 9:27:00 AM
Kenapa Umno tak menangguk semasa air jernih?
Friday, January 29, 2010
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Rangking beliau mahupun Khalid Samad dai Pas Selangor dan Ku Li terus bermain didada dada akhbar untuk carta minggu ini. Klik tajuk untuk teks seterusnya.
Posted by Unknown at 12:25:00 PM
Tentera, jururawat, pemberita, juruterbang balik awal
Thursday, January 28, 2010
WANITA Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius kenyataan Timbalan Pengerusi SPR bahawa SPR sedang mengkaji untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) bukan sahaja kepada anggota keselamatan tetapi juga meliputi doktor, jururawat, pemberita, juruterbang dan kakitangan penerbangan (stewards). Klik tajuk untuk teks penuh.
Posted by Unknown at 7:39:00 AM
Pengganti Anwar belum dibincang
Tuesday, January 26, 2010
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu siapa pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) bergantung keputusan kes mahkamah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Menurutnya, sama ada Anwar akan bersama dengan PR atau tidak selepas ini, agenda perjuangan pakatan pembangkang membela kepentingan rakyat tetap diteruskan.
“Mahkamah belum putuskan keputusan, jadi perlu tunggu selepas itu.
“Perkara ini (calon pelapis Anwar) belum dibincangkan dan tidak boleh cakap siapa layak,” katanya kepada wartawan, semalam.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini berkata, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan untuk terus mara dan menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13.:
Katanya, PR tidak akan terjejas tanpa kepimpinan Anwar sekiranya keputusan perbicaraan kes liwatnya yang disambung bulan depan tidak memihak kepada pemimpin itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution ketika dihubungi bersetuju dengan pandangan Kit Siang itu.
“PR bergerak sebagai satu pasukan akan tetap bersaing dengan UMNO dan Barisan Nasional untuk mara sebagaimana Dasar Bersama PR,” katanya.
Menurutnya, PR mengadakan kempen penerangan kepada masyarakat agar mereka tahu perkara sebenar.
“Kita tidak mahu beliau dipenjarakan atas kesalahan yang bukan dibuat olehnya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw enggan mengulas lanjut mengenai calon yang layak menjadi pelapis Anwar menerajui PR.
“Terlalu awal untuk membuat sebarang ulasan,” katanya.
s/harian25/110
Posted by Unknown at 7:46:00 AM
Masjid Bujal tidak perlu lobang cacing
Monday, January 25, 2010
Kelmarin dalam akhbar Berita Harian, Menteri Dalam Negeri selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Darul Iman, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan polis akan memburu sehingga ke lubang cacing individu atau mereka yang terlibat dalam pembabitan membakar dua surau di Muar, Johor. Untuk teks sepenuh nya
Posted by Unknown at 8:26:00 AM
Chua Jui Meng diajak peluk Islam di Beserah
Sunday, January 24, 2010
Jumaat 22hb, Saya seisi keluarga mengambil peluang untuk mengadhiri kuliah maghrib di Surau Arraudhah Beserah Kuantan Pahang Darul Umno.
Kuliah pada hari itu dihidupkan dengan tafsir ayat 133 – 135 surah al Baqarah yang di bawa oleh Ustaz Nasarudin Tantawi. Kehadiran ramai anak muda yang bermotorsikal dari pusat pengajian daerah Kuantan cukup membanggakan suasana pada hari itu. Malah keadaan surau yang semakin selesa setelah di perbesarkan lagi, baru saja siap beberapa hari sebelum ini. Klik tajuk untuk teks selanjutnya
Posted by Unknown at 7:51:00 AM
Tudung dilarang di Starwood Hotel Langkawi
Friday, January 22, 2010
Saya bekerja di salah sebuah hotel bertaraf lima (5) bintang di Pulau Langkawi yang pengurusannya dikendalikan oleh Starwood Hotel & Resort Worldwide yang beribu pejabat di Amerika Syarikat.
Namun, sekarang saya sudah berhenti kerja disebabkan masalah isu pemakaian tudung. Saya telah dipanggil ke pejabat Pengarah Sumber Manusia lalu diberi tekanan di mana Pengarah tersebut bertanya kenapa saya memakai tudung pada hari tersebut? "Why You Come with Tudung Today?" (5 Jan 09). Klik tajuk untuk seterusnya.
Posted by Unknown at 9:26:00 AM
Rakyat melata yg pikul beban, GST GST...
Thursday, January 21, 2010
AHLI Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoal kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir supaya rakyat bersedia menghadapi inflasi, jika mahu menikmati gaji yang lebih tinggi dalam Model Ekonomi Baru.
Baginya, Mahathir hanya menunjukkan sikap bersetuju dengan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi dan memperkenal polisi pencukaian yang baru, iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Niat Kerajaan UMNO/BN nak adakan polisi percukaian 'barangan dan perkhidmatan' apa yang dipanggil (GST) bererti sebilangan besar barangan keperluan rakyat akan melambung naik lagi, cukai perkhidmatan juga akan dikenakan kepada rakyat.
Bila Najib sebut 1Malaysia, tapi kos hidup di Semenanjung dengan di Sabah dan Sarawak pula berlainan, di Sabah dan Sarawak terlalu mahal. Ini bererti jauh perbezaannya harga kos hidup rakyat di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Mana mungkin cogankata 1Malaysia itu berfungsi kalau ada perbezaan harga kos hidup rakyat antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak?
1Malaysia ini cuma satu cogankata sahaja tujuannya mahu pikat hati remaja supaya kembali bersatu dalam 1-UMNO di seluruh Malaysia.
Sama ada cogankata 1Malaysia atau program "Juara Rakyat@Juara UMNO@Juara Rasuah" berjaya diterima oleh seluruh rakyat atau cuma diterima oleh segelintir ahli ahli UMNO yang kroni sahaja kaya raya, yang penting BN mesti ditolak oleh semua pengundi Sabah kerana mengenakan kenaikan cukai kepada rakyat.
Bila cukai kos hidup rakyat naik, tentunya Kerajaan untung, yang setengah mati adalah rakyat Sabah. Fikir-fikirlah rakyat Sabah untuk undi BN lagi. Taksub pada UMNO tiada gunanya kalau perut lapar.
Kalau anak-anak kita tertekan dengan kos persekolahan yang kosnya tinggi dan mahal, yang jadi 'penganggur anak kita' di kampung, anak-anak para pemimpin UMNO sekolah di London. Mereka peduli apa kalau kos persekolahan mahal. Mereka mampu.
-halikzaman
Posted by Unknown at 7:45:00 AM
Jambatan made in Umno apa cerita? - Kemaman
Wednesday, January 20, 2010
Kerajaan PAS Terengganu telah membina sebuah jambatan besi merentang sungai Kemaman di kampung Sungai Pinang dekat sini.
(Gambar - Jambatan konkrit dibina oleh Barisan Nasional runtuh dilanda banjir dan turun 5 inci dari ketinggian asal. Kini menjadi satu monumen di jalan menuju ke Air Putih)
Namun usaha PAS itu dipandang sinis oleh Jawatankuasda Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan menggelarkan jambatan besi itu sebagai ‘jambatan kera’.
Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Ismail Harun, berkata, Umno/BN yang menjadi pembangkang di negeri Terengganu ketika, mahu melawan jambatan besi PAS lalu membina sebuah jambatan konkrit.
Walaupun begitu, katanya, jambatan konkrit tersebut telah runtuh tiga bulan setelah dibina, dalam keadaan belum siap sepenuhnya.
“Zaman pemerintahan pas dulu kita bina jambatan besi, JKKK kata ‘jambatan kera’, Tak apalah, kerana jambatan besi yang kita bina dilanda banjir, tetapi tidak runtuh,
“Umno/BN mahu melawan jambatan besi, lalu membina jambatan simen (konkrit), tak sempat tiga bulan, belum pun siap lagi, telah runtuh dilanda banjir,”katanya dalam majlis ceramah Dana Pusat Tarbiah Islam Binjai, 17 Januari lalu.
Tunggu berita selanjutnya
* Terengganu darulruntuh.
-buletinonline
Posted by Unknown at 8:05:00 AM
Libya senaraikan Osama Laden untuk ditangkap
Tuesday, January 19, 2010
Libya memasukkan nama Usamah bin Ladin, pimpinan al Qaidah ke dalam senarai daftar orang yang perlu ditangkap dinegara itu. Arahan memasuknya nama Osama bin Ladin itu, berarti Libya akan menangkap dan menyerahkan pemimpin al Qaidah tersebut kepada Interpol jika diketahui memasuki wilayah Libya.
Menurut salinan dokumen resmi Libya, manusia paling dicari di seluruh dunia itu, bernama Mohammad Awad Usamah bin Ladin, lahir 30 Juli 1957. Dan sangat diinginkan oleh PBB dan juga Interpol. Dokumen ini, dikeluarkan resmi oleh Brigadir Jenderal Mohamed Al-Ramali, Pengarah Direktorat Jenderal Paspor Libya dan Pengarah Organisasi Keamanan Eksternal Libya.
Dokumen itu juga mengatakan jika terdapat informasi tentang pemimpin al Qaidah, harus dirujuk pada pasukan polis atarabangsa. Libya adalah negara pertama yang menyerukan perintah penangkapan terhadap Osama Bin Ladin pada tahun 1998. Pihak kerajaan Libya percaya Osama terlibat dalam kematian dua warga Jerman dan dua warga negara Libya pada tahun 1988. Libya percaya Osama juga terlibat dalam pembunuhan pengintip tentera Jerman Silvian Becker, dan istrinya Vera, dekat Sirte di Libya pada tahun 1994.
Di Libya sendiri dikatakann, melalui langkah-langkah sebuah gerakan Islam yang dipimpin oleh Saiful Islam, putra kedua Muhamad Gadafi, pemerintah Libya berhasil meyakinkan gerakan Islam yang selama ini dianggap ekstrem untuk mengadakan beberapa perbicangan. Libya telah melakukan usaha-usaha perubahan yang signifikan dengan nama program Libya untuk Esok.
-sumbercybersabili
Posted by Unknown at 8:04:00 AM
Lapuran Media Anwar retetan "kalimah Allah"
Monday, January 18, 2010
Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing.
Sila klik tajuk untuk teks selanjutnya.
Posted by Unknown at 7:25:00 AM
Sekarang I.C pula untuk pendatang tanpa izin India?
Sunday, January 17, 2010
Saudara pengarang,
PERLUKAH kita Undi lagi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti kerana selagi BN berkuasa di Malaysia ini selagi itulah Mykad diberikan kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI).
Jika melihat kepada statistik pilihanraya lalu, BN sudah kalah di Semenanjung Malaysia dan hanya diselamatkan oleh para pengundi di Sabah dan Sarawak yang tersilap percaya kepada janji muluk pemimpin BN; sehingga Sabah dan Sarawak digelar Fixed Deposit.
Posted by Unknown at 7:27:00 AM
Umno gagal kata perempuan cina ini
Saturday, January 16, 2010
Walaupun kesah ini sudah lama berlaku tetapi ianya masih enak di dengar, bagaimana luahanhati seorang perempuan tionghua terhadap Pas yang pada anggapannya cukup fanatik dalam wadah politik tanah air dan kita ikuti kesahnya.
Posted by Unknown at 8:47:00 AM
RTM tersilap undang Aziz Bari, program dibatalkan
Friday, January 15, 2010
Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mencetuskan polemik gara-gara penulisannya terhadap Pas, kesal dengan Jabatan Penyiaran (RTM 1), yang dilihat tidak bersikap profesional membatalkan rancangan yang mengundangnya di saat akhir.
Posted by Unknown at 2:27:00 PM
"Anwar On Trial" temui pembaca 10 Januari
Thursday, January 14, 2010
Buku Anwar On Trial :nukilan Pawanchek Marican akan menemui pembaca di 10 kawasan bermula 10 Januari sehingga 24 Januari ini menerusi Program Jelajah 10 Kota yang berkonsepkan forum penerangan mengenai kronologi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Posted by Unknown at 9:49:00 PM
Jangan ikut style Malaysia
Wednesday, January 13, 2010
Pertubuhan-pertubuhan Islam di Indonesia digesa supaya mengingatkan pengikut masing-masing supaya tidak melakukan tindakan menyerang gereja seperti yang berlaku di Malaysia.
Posted by Unknown at 7:50:00 AM
'Raja Keris' berlakun lagi
Tuesday, January 12, 2010
HARI ini di dada-dada akhbar Pro-UMNO, para pemimpin UMNO begitu gah dan lantang mendabik dada menyalahkan ahli-ahli Pakatan Rakyat dengan tuduhan kononnya, Pakatan Rakyatlah yang memperbesarkan isu-isu kalimah ‘Allah’ sehingga ianya menjadi suatu kontroversi nasional, ‘BAKAR GEREJA’.
Posted by Unknown at 10:12:00 AM
Tokoh maal hijrah cakap menipu
Monday, January 11, 2010
Keperihatinan negara kita sukar dinafikan dari pelbagai segi, umpamanya penganugerahan tokoh maal hijrah yang saban tahun di adakan. Tetapi sungguh dukacita dengan reality nya. Apa ciri cirinya yang perlu di ambil kira untuk menobatkan sesaorang bagi dipilih sebagai tokoh yang berlandaskan agama kita yang syumul ini.
Posted by Unknown at 7:39:00 AM
Nizar mengatasi Najib - Google 2009
Friday, January 8, 2010
Google.com meletakkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin sebagai antara insan yang paling banyak mencetuskan berita atau diberitakan di Malaysia sepanjang tahun 2009.
Tokoh PAS itu turut mengatasi populariti Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Ong Tea Keat yang masing-masing berada di tangga ke 8 dan ke 9.
“Ini merupakan penghargaan kepada rakyat khususnya di Perak yang selama ini kekal bersama dengan harapan ke arah perubahan dalam negara yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com sebentar tadi.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, rakyatlah yang mencetuskan berita selama ini kerana mereka yang dahagakan keamanan dan keadilan yang semakin cuba dikuburkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Terdahulu, Nizar yang diamanahkan sebagai MB Perak selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu digugat oleh Umno dan BN yang melakukan rampasan kuasa setahun lalu sehingga mencetuskan pelbagai masalah dalam negara khususnya di Perak.
Rampasan kuasa itu turut meletakan ekonomi negeri Perak terganggu selain menyaksikan perlembagaan negara di atur sesuka hati oleh kerajaan Umno dan BN.
Nizar menambah, beliau tidak faham mengapa sehingga kini Mahkamah sukar menetapkan tarikh untuk menetapkan perbicaraan bagi menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
Google turut meletakan Nizar sebagai lelaki paling popular dalam carian mereka sepanjang tahun 2009.
Turut tersenarai dalam 10 tangga teratas itu ialah Fasha Sandha, Zakiah Anas, Sufiah Yusof, Kartika, Elizabeth Wong, Manohara Odelia Pinot dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Kongsi berita ini/Masdar Wahid
Posted by Unknown at 3:01:00 PM
Pandangan Datuk Nazri Aziz pasal kalimah Allah
Wednesday, January 6, 2010
Katanya dari sudut perundangan tidak menjadi kesalahan memijak kepala lembu tetapi mengambil kira sensitiviti kaum India tindakan mahkamah telah diambil keatas mereka yang terlibat.
Beliau berpendapat jika tindakan boleh diambil keatas mereka yang menyertai demonstrasi kepala lembu itu kenapa hal yang sama tidak boleh dilakukan keatas bukan Islam yang hendak mengunakan kalimah Allah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga porfolio undnag-undnag itu menilai majalah Herald tidak bertanggongjawab dan sengaja nak pasal.
Katanya pada wartawan di Kuala Lumpur Selasa beliau tidak faham mengapa mereka nak gunakan perkataan ‘Allah”.
Menurutnya sudah tentu orang Islam merasa tidak puashati.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah yang betul dalam membuat rayuan.
Nazri menegaskan budaya dan keadaan di Malaysia harus diambil kira sekalipun hal-hal begini biasa saja di Amerika ataupun Eropah.
Sementara itu bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Mekaka Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menggangap ada unsut tidak ikhlas dan provokasi di pihak akhbar Herald hendak gunakan kalimah Allah.
Beliau berkata pihak terbabit menyedari Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dikuatkuasakan di negara ini jelas menunjukkan penerbitan bukan agama Islam tidak dibenarkan menggunakan kalimah berkenaan.
Beliau juga bertanya apakah mereka mahui mengunakan “ theres no God except Allah ”.
agendaily.
Posted by Unknown at 7:45:00 AM
sambutan malam tahun baru bukan badan kerajaan
Saturday, January 2, 2010
Khamis 31/12/2009 pun berlalu dan hari ini bermulanya hari kedua untuk tahun ini 2010 dan apakah pengisian kita sebenarnya? insya Allah semoga semua dapat berjirah ke jalan yang lebih baik dari segenap segi, khusus nya terus maju ke jalan ketuhanan kita Allah rabbuljalil. Hari berganti hari, hidup tanpa perubahan setelah dibuai kemanisan saban ketika.
Posted by Unknown at 1:11:00 PM
GST: "Gosok Sampai Terperangkap"? di tahun baru
Friday, January 1, 2010
GST (Gosok Sampai Terlena?) terus menekan rakyat bersama agenda yang dirancangkan. Ini merupakan satu motif UMNO mahupun satu pendekatan kerajaan BN bagi mensasarkan kelebihan pendapatan serta dapat menampung ekonomi beberapa golongan tertentu. Kita Rakyat tidak memahami sepenuhnya implikasi GST, sehingga ia dilaksanakan dan harga barangan terus melonjak ke atas. Ketika itu ia terlambat.
Posted by Unknown at 12:45:00 PM