Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

BN pileh bidan terjun berdebat dgn Rafizi semalam

Friday, July 11, 2014

Maruah Barisan Nasional (BN) ‘diselamatkan’ oleh seorang ahli biasa Pemuda UMNO yang  sanggup menjadi panel bidan terjun dalam debat anjuran pembangkang di Ampang dekat sini malam tadi.


 Zaidel Baharuddin tampil berdepan dengan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan itu dalamForum 20 Sen Harga Minyak Naikdi Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya itu.
 Beliau dari UMNO Gombak itu mewakili Exco  Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam yang tidak dapat hadir kerana tidak dimaklumkan awal dan kini berada di Kedah.

 Sebelum itu, wakil penganjur berkata, Lokman dijemput  mewakili Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini menolak debat kerana berpendapat forum di Parlimen lebih sesuai.
 Wakil Pemuda Gerakan, Tang Keng Liang juga tidak dapat hadir kerana berpendapat moderator bukan orang yang berkecuali selain dimaklumkan melalui laman sosial sahaja.

 Semasa berhujah di hadapan sebahagian besar audien penyokong Pakatan Rakyat, Zaidel berpendapat,  selain membebankan, penggantungan kepada subsidi akan membantutkan pengurusan ekonomi  secara jangka panjang.

 “Lagi pun, kita kena fikir harga minyak mentah ini bukan kekal. Mengenai subsidi korporat (yang didakwa tidak dipotong dan diberi kepada syarikat-syarikat kroni), kita jangan ambil kesimpulan mudah. 

“Walaupun peningkatan populasi satu hingga dua peratus tetapi kita kena fikir industri baru yang masuk, kilang dan penambahan pelbagai lagi. Kesemuanya memerlukan subsidi bagi memastikan ekonomi negara baik,” katanya yang akan bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO pada pemilihan parti tidak lama lagi.- –m/gazzette 

READ MORE - BN pileh bidan terjun berdebat dgn Rafizi semalam

MB buat salah dilepaskan saja

Tuesday, November 19, 2013

Tindakan kerajaan membebaskan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menghantar RM10 juta wang secara haramkeluar Negara, di pertikaikan kerana hanya tindakan kpd pengurup wang yang menghantar wang itu saja bukan kepada MB Negeri Sembilan yg menghantar secara haram, ini menimbulkan kemarahan ahli2 parlimen pembangkang semalam 18/11. Sila klik tajuk
READ MORE - MB buat salah dilepaskan saja

Letak Haji Hadi dengan Najib sepentas kata Nik Aziz

Friday, January 4, 2013

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada sepentas di televisyen berdebat berhubung isu Amanat Haji Hadi.

 

READ MORE - Letak Haji Hadi dengan Najib sepentas kata Nik Aziz

Isu Ayatollah Pas akan memanggil Dr.Asri

Monday, October 29, 2012

Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat , Dr Mohd Khairuddin berkata, beliau bersedia menjemput bekas Mufti Perlis Dr.Asri bagi membincang secara ilmu, ekoran dari kritikan Dr.Asri yg bimbang para Ulamak Pas tidak boleh ditegur nanti jika berjaya menawan Putrajaya.

 

READ MORE - Isu Ayatollah Pas akan memanggil Dr.Asri

Husam gulung bahas Dewan Kelantan, wakil BN mencelah & 'terduduk'

Thursday, October 18, 2012

Semasa hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa turut menggulung Akta Darurat 1978 kepada Kelantan, dan pada ketika itu juga Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) bangun dan memperli yg kerajaan Pas agak rapat dengan DAP.

 

READ MORE - Husam gulung bahas Dewan Kelantan, wakil BN mencelah & 'terduduk'