Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Lelaki ini terselamat dari keduadua nahas MH370 dan MH17

Tuesday, July 22, 2014

Alam semesta ini turut memberi jawapannya apabila se org lelaki Belanda Marten de Jonge secara kebetulannya terselamat dari kedua dua nahas kapalterbang MAS MH370 dan MH 17 dlm kejadian baru baru ini.
Perenggan

Beliau dua kali terlepas dari maut setelah mengubah rancangan perjalanan yang melibatkan dua penerbangan Malaysia Airlines, MH17 dan MH370, yang semuanya berakhir dgn trajidi.
Perenggan

Marten De Jonge 29, dijadualkan untuk terbang dalam penerbangan MH17 yg meledak diudara Ukraine timur, khamis lalu 17/7/2014. De Jonge mengubah penerbangannya pada apabila dia mendapat tiket tambang penerbangan yg lebih murah dari penerbangan lain.
Perenggan

Dalam sebuah kebetulan sebelum itu, De Jonge juga dijadualkan untuk terbang dalam penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hingga kini masih hilang di dilautan hindi tanpa cerita pada 8 March lalu. Ketika itu, dia akan menyertai satu perlumbaan basikal di Taiwan. Namun, sebelum bertolak, dia Berjaya mendapatkan satu penerbangan lain yang tidak singgah di Beijing terlebih dahulu.
Perenggan

De Jonge mengatakan kepada RTV Oost bahwa dia sempat berbual dengan beberapa  orang yang bakal terbang dengan MH370 ketika mereka berada untuk menaiki pesawat.
Perenggan

"Saya boleh saja terbang dengan kapalterbang itu dengan sangat mudah. Hal itu tak dapat dibayangkan. Saya ikut berduka untuk para penumpang dan kaum keluarga mereka nya, tetapi saya juga merasa bertuah kerana saya terselamat," tambah  Jonge. – edit trib


READ MORE - Lelaki ini terselamat dari keduadua nahas MH370 dan MH17

"Salam Dari Kuala Lumpur" disiarkan di TV Indonesia

Friday, July 18, 2014

LKBN Antara Indonesia atau Lembaga Kantor Berita Nasional telah berkerjasama dgn Bernama dan menukar rancangan untuk siaran TV masing2. Bernama bakal menyiarkan program “Salam Dari Jakarta” selama setengah jam pada setiap hari sabtu dan ahad.


Begitu jutga di pihak Antara TV Indonesia, pihaknya menerima program “Salam Dari Kuala Lumpur” jugas akan menayangkannya pada hari sabtu dan ahad.


Ketua Redaksi Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, menegaskan persetujuan itu telah pun dilaksanakan pada 5 julai lalu dan beliau berharap semoga kedua dua rakyat Malaysia dan Indonesia dapat mengenali antara satu sama lain lebih2 lagi seandainya berlaku isu2 yg berkaitan kedua dua Negara.


Pada masa ini program tersebut hanya diantara Malaysia dgn Indonesia dan mungkin ianya berkembang sehingga seluruh nusantara nanti, tambahnya.



Demikian juga  Saiful Hadi pengarah LKBN Indonesia dalam ucapannya berharap siaran ini dapat diperluas hingga ke negara2 ASEAN sebagai menyambut pelaksanaan  Komunikasi ASEAN 2015 nanti

"Di Indonesia, program Salam dari Kuala Lumpur dijangka akan disiarkan ke 30 jaringan TV Antara di 30 television daerah, sedangkan di Malaysia melalui Bernama TV.


Menurut dia, program kerja sama siaran ini positif sebagai supaya memperkuat hubungan antara masyarakat dan menjadi landasan yang kukoh dalam menangani bila ada permasalahan yang dapat mengganggu hubungan dua negara.


Sementara itu pegawai kedutaan Indonesia Hermono, mengingatkan agar produk siaran yang dihasilkan dalam penukaran itu seeloknya dalam kedaan baik dan dapat, menghibur dan informatif dan menjadi siaran yang ditunggu oleh peminat2 nya dikedua Negara.

Agar  masyarakat kedua negara akan memiliki pemahaman yang lebih kepada dua negara serumpun ini.


Kedua-dua program ke udara pada setiap Sabtu, pukul 9.30 malam dengan siaran ulangan pada Ahad, pukul 11 malam, di malaysia akan ditayangkan  BernamaTV menerusi saluran 502 Astro.


Sedangkan, ‘Salam dari Kuala Lumpur’, disiarkan ke sejumlah Stesen TV di Indonesia, pada Sabtu pukul 11.00 pagi dan disiar ulang pada Minggu pukul 4.00 ptg - republik
READ MORE - "Salam Dari Kuala Lumpur" disiarkan di TV Indonesia

Masjid, Gereja dan Sinagoga dalam satu bangunan di Berlin Jerman

Sunday, July 13, 2014

DiJerman, telah membuat satu sejarah keagamaan apabila dikalangan rakyatnya yg beragama Islam, Kristian, dan Yahudi bergabung untuk mendirikan tempat mereka dalam satu bangunan yg sama, Cuma dipisahkan oleh dinding2 sahaja.
Perenggan
Bangunan tempat ibadat ini akan menjadi sebuah sinagoga, gereja, dan masjid di bawah satu bumbung,  lapor wartawan BBC, Stephen Evans.

Perenggan
Peraduan mencipta  bangunan ini dibuat dan rekabentuk hasil dari peraduan itu telah  diambil dan dibina, sebuah bangunan besar  konkrit  dengan menara tengah yang tinggi. Di bawahnya dibuat tempat ibadat bagi tiga agama: sinagoga, gereja, dan masjid. Lokasinya cukup strategik, iaitu di Petriplatz, pusat Bandar Berlin.

Perenggan

Seorang pemimpin agama Yahudi yang terlibat, Rabi Tovia Ben Chorin berkata  "Dari sudut pandang Yahudi, kota tempat warga Yahudi dirancangkan sekarang menjadi kota di mana dibangun pusat tiga agama monoteistik ini yang membentuk kebudayaan Eropah," katanya kepada BBC.


Perenggan
Apakah mereka boleh bekerja sama? "Kami boleh, tapi yg menjadi sedikit masalah nya kepada kami ialah kerana terdapat orang-orang di dalam kumpulan masing2 yg tidak dapat menerima cadangan ini, walau bagaimana pun  kita harus memulainya dan inilah yang kami lakukan."

Perenggan
Se orang pemimpin Islam dan Imam yang terlibat, Kadir Sanci, memandang Rumah Kesatuan ini adalah "isyarat kepada dunia bahwa majoriti rakyat Islam cintakan perdamaian dan tidak menyukai kekerasan".

Perenggan
Ini juga, katanya, tempat di mana kebudayaan yang berbeda dapat di wujudkan dan sama2 saling belajar.

Perenggan
Ketiga tempat ibadah bagi agama masing2 ini, Islam, Yahudi dan Kristian di dalam satu bangunan ‘Rumah Kesatuan’ ini akan sama ukurannya, hanya dengan bentuk yang berbeza-beza kata arkiteknya, Wilfried Kuehn.
READ MORE - Masjid, Gereja dan Sinagoga dalam satu bangunan di Berlin Jerman

Berbuka puasa di Masjid Besar di Brazil ketika Piala Dunia 2014

Monday, July 7, 2014

Tidaklah terlalu rumit juga untuk merasai suasana Ramadan di Brazil, Walaupun ianya tidak menyerupai suasana di tempat sendiri di Indonesia, Malaysia dan lokasi berdekatan misal nya, tetapi ianya cukup member sedikit kegembiraan kepada kumpulan kami yg sudah berada di sini sejak dua minggu lalu kerana menghadiri perlawanan bolasepak piala dunia 2014.
 
Mesquita de centro Islamico do Brasil atau Masjid Al Markaz Al Islami Lil Brazil
Saya dan beberapa orang rakan dari Jakarta mengambil kesempatan mengunjungi masjid Al Markaz Al Islami Brazil atau Mesquita do Centro Islamico de Brasilia yg terletak di pinggir ibu kota Brazil sendiri, Jalan via Norte 5 kawasan Norte 910, Brazil. Norte artinya kawasan utara, untuk menunaikan sembahyang dan berbuka puasa.


Pada rabu 3/7/14 lalu tak banyak kenderaan atau kurang sebuk di jalan depan masjid. Masjid berada di kawasan hujung jalan. Di sekitar masjid ini adalah kawasan perumahan apartemen, sekolah dan deretan kedai2. Suasana yang agak berbeza sedikit dengan pusat bandar yang lebih dominan dgn gedung2 dan pejabat2 kerajaan.


Dari kejauhan sudah terlihat bangunan masjid ini. Menara masjid yang dicat putih menjulang lebihkurang 15-20 meter. Saya menaiki bas dari kawasan Stadium Nasional Mane Garrincha dan berhenti di Jalan Via Norte 3 lebihkurang 600 meter dari masjid. Norte 3 adalah jalan utama yang menjadi laluan bas.


Oleh kerana bergerak dgn menggunakan bas, kami kemudian nya berjalan kaki ke arah barat menuju Norte 5. Lebihkurang sekitar 200 meter barulah tiba dan memasuki halaman masjid, kelihatan tidak begitu ramai para pengunjung yg datang  untuk berbuka puasa di masjid.


Dari halaman masjid kelihatan beberapa buah kereta sahaja, dan  dua pemuda duduk di perantaraan salah satu bangunan di sebelah masjid, Kepada mereka saya bertanya di mana jemaah berkumpul untuk berbuka puasa. "Silakan masuk ke ruang di sebelah kanan," kata seorang pemuda berbahasa Inggris. Rupanya ruangan sebelah kiri digunakan berbuka puasa untuk kaum perempuan, sebelah kanan pula untuk kaum lelaki.


Di dalam ada lengkongan 25 orang yg menunggu untuk menikmati makanan yang disajikan diatas meja di tengah ruangan. Beberapa meja dan kerusi sudah dipenuhi jemaah yang akan berbuka puasa. Terdapat juga beberapa orang santai saja duduk dilantai di sudut ruangan.


Imam Masjid, Syeikh Muhammad Zidan menjelaskan acara berbuka puasa memang menajdi rutin diadakan selama bulan Ramadan di masjid itu. "Makanan2 disediakan oleh kerajaan Arab Saudi selama sebulan," kata Zidan, yg berasal dari Mesir itu.


Menu yang disediakan hari itu adalah nasi kuning khas Brasil, masakan ayam, sup ayam, salad dan buah tembikai. Ada juga roti yang sudah dipotong-potong, diletakkan di atas piring. "Ayo silakan makan dulu," kata seorang Ali Murtado, pegawai Kedutaan Republik Indonesia yang sering datang untuk berbuka dan sembahyang di masjid itu.



Di antara jemaah dimasjid ini terdengar beberapa tetamu bercakap bahasa Arab, Portugis dan Inggris. – mjr/tribunnews
READ MORE - Berbuka puasa di Masjid Besar di Brazil ketika Piala Dunia 2014

nikmat saja pemerkosaan itu, kata Ketua Polis

Friday, November 15, 2013

Pada 13/11 lalu Ranjit Sinha seorg pegawai tinggi Polis India meminta maaf, setelah dikritik hebat oleh org ramai dan sebahagian besarnya dari kaum perempuan, apabila beliau membuat kenyataan “jika tidak dapat menghalang pemerkosaan, anda perlu nikmati saja” sila klik tajuk
READ MORE - nikmat saja pemerkosaan itu, kata Ketua Polis

Darjah Kebesaran Indonesia dijual di Malaysia.. terbongkar!

Tuesday, December 18, 2012

Sindiket menjual darjah kebesaran “Keraton Kasunanan Surakarta” kepada rakyat Malaysia telah terbongkar.

 

READ MORE - Darjah Kebesaran Indonesia dijual di Malaysia.. terbongkar!